Cop Parking Merupakan Satu Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987


Akhir-akhir ini sering kita lihat di media-media sosial tentang cop parking. Kononnya parking tu mereka yang punya. Perbuatan ini sebenarnya menyusahkan pengguna yang lain dan hanya disebabkan ada pihak yang mementingkan diri sendiri.

Tahukah anda bahawa Cop Parking adalah salah di sisi undang-undang? Perbuatan cop Parking samada meletakkan kerusi/motosikal/kon/pasu bunga/ampaian baju,berdiri atas petak parking dan sebagainya pada petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.


Jika ada aduan, anda boleh membuat aduan melalui:

1. Hantar e-mail ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. Hubungi talian telefon: 03-8886 6412.

Sertakan butir-butir pengadu seperti nombor kad pengenalan, lokasi, tarikh dan masa, nombor daftar kenderaan dan butiran kejadian.

Sekarang kita semua sudah tahu bukan? Jadi jangan cop parking lagi. Siapa sampai dulu, dia punya parking lah.

Semoga bermanfaat.

Artikel Lain: Cara Mudah Cari Nombor Whatsapp Yang Pernah Menghubungi Anda

Sumber: facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!