COVID-19 Semakin Hampir Ke Paras Pandemik – WHO

CIVID-19

GENEVA: Penularan wabak COVID-19 semakin hampir ke paras pandemik. Perkara itu dinyatakan oleh Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani.

COVID-19 Semakin Hampir Ke Paras Pandemik

Namun begitu, menurut beliau lagi, penularan wabak yang menjangkau seluruh dunia itu masih boleh dikawal. Mengikut rekod, COVID-19 kini telah menjangkiti lebih dari 100,000 mangsa di mana lebih 100 negara telah terjejas.

PENYEBARAN WABAK COVID-19
COVID-19 kini telah menjangkiti lebih dari 100,000 mangsa

“Ia telah tersebar ke hampir seluruh dunia, dan jika kita lihat situasi sekarang ia boleh menjadi satu ancaman pandemik.

“Ia juga akan menjadi pandemik pertama dalam sejarah yang boleh dikawal. Namun yang demikian, kita akan masih terkesan akibat daripadanya,” katanya.

Pandemik adalah penyebaran penyakit berjangkit di seluruh dunia.


Sesuatu wabak boleh dikategori sebagai pandemik apabila ia meliputi kawasan yang luas, menjangkiti sejumlah besar mangsa dan menyebabkan kematian yang banyak.

Terdapat beberapa kes yang pernah berada pada tahap pandemik dalam sejarah dunia iaitu tuberkulosis, cacar dan black death yang menyebabkan lebih 75 juta orang meninggal dunia.

Pada tahun 2009, pandemik akibat daripada selesema babi telah menyebabkan 14,286 orang telah meninggal dunia di seluruh dunia.Setakat artikel ini ditulis, kes Covid -19 di Malaysia telah mencapai 117 kes.

Baca Juga – Selain Covid 19, Pernah Ibadat Haji Ditutup 40 Kali Akibat Wabak & Peristiwa Lain


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 11:00 pagi tadi yang dikeluarkan oleh WHO (10 Mac)

statistik covid-19
Sumber: KKM

You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!