Dibuang Keluarga Kerana Disahkan Hamil dan Terpaksa Kahwin Dengan Sepupu Kerja Rider Pizza Untuk Tutup Malu. Selepas 2 Bulan Kahwin Doktor Bongkarkan Sesuatu Buat Dia Terduduk.

keluarga

Perkahwinan satu ibadah yang dituntut dalam Islam yang mengharuskan umatnya berkahwin untuk menambahkan bilangan umatnya. Kalau cerita konteks perkahwinan, pasti setiap pasangan mengimpikan kebahagian. Kadang-kadang keluarga yang menentukan.

Namun, lain pula perkongsian ini. Berkahwin kerana terpaksa, bagaimana agaknya perasaan tu? Ditambah dengan masalah kesihatan.

Dibuang Keluarga dan Dipaksa Kahwin Selepas DIsahkan Hamil

Assalamualaikum Admin. Maafkan Saya terpaksa guna akaun palsu untuk buat luahan ini. Saya seorang wanita berusia awal 20an. Baru tamat pengajian peringkat degree. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita ini.

November 2016 adalah detik paling pahit bagi diri saya. Saya tak datangbulan selama 2 bulan. Selepas buat pemeriksaan di sebuah hospital swasta, saya disahkan hamil 5 minggu.

Masa tu, saya sangat terkejut macam nak pitam. Saya tidak pernah terlnjur dengan sesiapa sebelum ini. Bahkan saya tidak ada teman lelaki pun. Saya seorang yang sangat menjaga ikhtilat saya.


Keluarga saya mula marah-marah dan membenci diri saya. Saya dianggap sebagai anak yang memalukan keluarga. Ini kerana keluarga saya agak dikenali. Maklumlah ayah saya merupakan seorang ahli pernigaan. Demi menjaga nama baik keluarga, saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya.

Sepupu saya setuju untuk membantu keluarga kami. Kami bernikah pada bulan Januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Menurut perjanjian, kami akan berpisah pada September 2017 selepas saya melahirkan anak dan habis berpantang.
Selepas sahaja berkahwin, saya mengikut suami saya menetap di Kuala Lumpur. Suami saya bekerja sebagai penghantar domino Pizza. Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Hinggakan sata demam selama seminggu.

Tetapi suami saya seorang yang bertanggungjawab dan sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik. Semasa saya demam dialah yang mandikan saya, lap badan saya dan masakkan bubur untuk saya.

Saya sangat bersyukur kerana dia seorang yang sangat menjaga solat. Tetapi ketika itu saya malu apabila sepupu yang agak rapat sejak kecil sekarang ini nampak semua aurat saya ketika dia mandikan saya.

Dia berkata kepada saya agar jangan fikir yang bukan-bukan. Anggaplah seperti seorang abang yang menjaga seorang adik.

Saya sering menangis pada dia dan cakap padanya yang saya tidak hamil pun. Saya tidak pernah buat perkara yang bukan-bukan dengan sesiapa. Dia hanya mengangguk dan selalu kata yang dia percayakan kata-kata saya.

Dia sering memberi kata-kata semangat kepada saya. Kami tidak pernah tidur satu katil dengan kehendak masing-masing. Sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik yang berasingan.

Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil. Itupun disebabkan dia urutkan kepala saya semasa demam. Kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil saya. Kami juga tidak pernah melakukan hubungn. Dia tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan terhadap saya.

Rupanya Ketumbuhan di Rahim

Setelah dua bulan berlalu kami menjalani kehidupan seperti pasangan yang awkward. Yelah, sepupu yang selalu mengusik saya masa zaman sekolah kini menjadi suami saya.

Dulu dia seorang yang sangat periang dan suka menyakat. Sejak berkahwin dia menjadi agak pendiam. Kami hanya bercakap bila perlu sahaja.

Ketika makan pun kami jarang bersembang. Saya tidak bekerja. Hanya suami sahaja yang bekeria. Saya pernah terlihat slip gaji dia. Gaji bersihnya 1700+ dan kami duduk di rumah sewa.

Sebulan sewa rumah sebanyak RM500. Saya terharu kerana suami tetap berikan RM500 sebagai nafkah zahir setiap bulan. Baki RM700 itulah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit belanja dia sementara menunggu gaji bulan yang seterusnya.

Keluarga Sendiri Tidak Ambil Peduli

Keluarga saya langsung tidak ambil peduli tentang saya. Namun hanya kakak saya sahaja yang sering menjenguk saya di rumah.

Pada bulan April yang lalu, satu perkara telah berlaku. Saya tidak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih. Pada satu pagi perut saya sakit sangt, cairan merah mengalir keluar dari tuut saya dengan agak banyak.

Saya sangkakan datang bulan. Pada masa tu rasa sakit bercampur dengan rasa gembira. Saya fikir saya tidak hamil. Saya ajak suami untuk pergi membuat pemeriksaan doktor sekali lagi tetapi kali ini di hospital kerajaan.

Setelah diperiksa, rupa-rupanya, ada ketumbuhan di rahim saya. Doktor memberitahu ia mungkin berpunca dari kitaran haid saya yang terbantut pada hujung tahun lepas.

Doktor menyarankan saya menjalani operasi bagi membuang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju. Segala kos operasi suami saya tanggung dengan duit simpanannya semasa bujang dulu.

Selepas operasi, suami ambil cuti selama 2 minggu untuk menjaga saya. Ketika ini saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap saya.

Namun saya tidak beritahu atau luah padanya. Saya malu kalau saya bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih keluarga saya datang berjumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami berpisah lebih awal. Ayah saya selfish. Saya disuruh sambung sijil master. Saya menjadi geram.

Disuruh kami berpisah mengikut perjanjian ayah dahulu. Suami saya pula seakan-akan menurut saja permintaan pakcik dia tu (Ayah saya). Bulan puasa yang lepas, dia naik pejabat agama untuk urusan dokumen perpisahan.

Saya sangat sedih. Saya sudah terlnjur menyayangi dia. Raya baru-baru ni saya ada bertanya pada dia.

“Abang betul ke nak berpisah dengan saya?” Dia hanya gelak dan jawab, “Betul la, kan haritu perjanjiannya macam tu.”

Walaupun dia ketawa, tetapi saya tahu yang dia jugak sedih untuk berpisah dengan saya. Mungkin ego lelaki yang membuatkan dia susah untuk bercakap yang dia jugak sayangkan saya. Atau mungkin dia tidak mahu ada masalah dengn ayah saya.

Selepas mendengar suami bercakap begitu, saya tidak jadi untuk meluahkan perasaan saya pada dia. Hujung bulan ini, kami akan naik mahkamah untuk lafaz talak. Saya sangat sedih.

Saya tidak mahu berpisah dengan dia. Saya sangat sayang suami saya. Saya rasa saya tidak akan jumpa lagi lelaki yang sebaik sepupu saya ini. Bayangkan semasa tidak ada orang yang mahu percayakan cakap saya, hanya dia sahaja yang selalu membimbing dan percayakan apa yang saya cakap dulu.

Saya mohon sangat pendapat kakak-kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ini. Perlu kah saya padanya dengan segera akan perasaan saya pada dia. Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Baca – Kenapa Wanita Zaman Sekarang Lebih Sukakan Suami Orang

Sumber – Laman Maya

Rumusan

Bukan kata masyarakat kadang-kadang keluarga sendiri pun cepat membuat andaian apabila sesuatu berlaku kepada salah seorang ahli keluarga. Tambahan mereka pula mempunyai nama besar atau dikenali. Kadang-kadang sikap ibu bapa itu terlalu mementingkan diri sendiri hinggakan terlupa akan perasaan anak-anak.

Mudah-mudahan kisah wanita dalam cerita ini dan suaminya selesai dengan baik tanpa ada sebarang perpisahan. Ini kerana bagi admin, suaminya seorang yang sangat baik, bertanggungjawab, sentiasa ingat Allah dan pandai berjimat.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!