Diet Pemakanan Yang Betul Bagi Pesakit Gout

Diet pemakanan pesakit gout

Gout adalah satu bentuk artritis yang akut menyebabkan rasa sakit yang sangat teruk serta bengkak pada bahagian sendi. Berpunca dari pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam darah. Cara pengambilan diet  seseorang boleh menjadi punca gout.

Asid urik membentuk dari pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia serta makanan. Biasanya purin larut dalam darah dan dikumuhkan dalam air kencing. Makan makanan yang tinggi dengan kandungan purin merupakan salah satu sebab meningkatnya asid urik dalam darah.

Risiko terkena gout boleh meningkat melalui sumber protein dalam diet seperti daging merah dan makanan laut yang mengandungi purin.

asid urik
Gambarajah penyakit gout

PENGURUSAN PEMAKANAN PESAKIT GOUT

Jika anda seorang yang mengidap gout atau merasai tanda-tandanya, anda perlu mengurangkan pengambilan diet yang tinggi dengan kandungan purin.


Pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan purin adalah disarankan agar mengambil antara 100-150 mg/hari. Makanan perlu dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan

Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan

Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.

Berikut ditunjukkan sumber purin dalam makanan.

MAKANAN YANG PERLU DIELAK

tinggi purin
Antara makanan yang tinggi purin

TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)

Makanan Berprotein – Sardin, ikan bilis, hati, ginjal lembu, otak, ikan kembung dan ikan parang.

Sup – ekstrak daging

Lain-lain – Yis dan minuman beralkohol terutama bir (hadkan satu minuman sebanyak tiga kali seminggu).

MAKANAN YANG DIAMBIL SECARA SEDERHANA

sederhana purin
Roti ini adalah antara makanan yang mengandungi sederhana purin

SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan

Bijirin dan Produk Bijirin – Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : Hadkan 2/3 cawan sehari

Sayur-sayuran – Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : Hadkan setengah cawan sehari

Makanan Berprotein – Ayam, daging, ikan, makanan laut, kekacang, lentil (kacang dal, kacang peas). Ambil dua hingga tiga hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia

Sup – Sup Daging

MAKANAN YANG DIAMBIL MENGIKUT KEPERLUAN NORMAL

buah-buahan, makanan rendah purin
Buah-buahan adalah makana yang rendah purin

RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Bijirin dan Produk Bijirin – Roti, nasi, koetiaw, bihun dan biskut

Buah-buahan – Semua jenis buah dan jus buah

Sayur-sayuran – Kebanyakan sayuran

Makanan Berprotein – Susu dan produk tenusu, telur dan keju

Lemak dan Minyak – Semua jenis (ambil secara sederhana)

Sup – Sup sayur

Air putih
Minumlah air putih dalam kuantiti yang banyak

Lain-lain – Minum air putih 6 ke 8 gelas sehari. ELAKKAN mengambil gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

Bukan senang ye bila penyakit dah hinggap. Dan bukan senang nak tinggalkan makanan dan minuman yang menjadi kesukaan kita. Memang susah mahu berpantang namun pilihan di tangan anda. Pesakit gout sahaja yang akan tahu betapa sakitnya dan sukar untuk mereka bergerak.

Artikel Berkaitan – Cara Rawatan Penyakit Gout Secara Tradisional

Sumber: My Health


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!