Difteria

penyakit difteria

Pada 18 Okt 2018, seorang bayi dilaporkan meninggal akibat difteria. 8 individu termasuk ibu bayi tersebut pula dikuarantin di kediaman masing-masing selama 14 hari. Ia menunjukkan betapa bahaya dan seriusnya difteria.

Pengenalan Tentang Difteria

Adalah sejenis penyakit berpunca dari jangkitan akut. Ia menyebabkan sistem pernafasan mangsa terjejas. Sekitar tahun 90an, wabak ini dikesan telah berlaku di Mongolia, Ecuador, Rusia dan Ukraine. Wabak ini sangat jarang berlaku di negara yang terlibat dengan perindustrian kerana perlaksanaan pemberian vaksin DPT.

bahaya difteria
Pemeriksaan ke atas pesakit

Penyakit ini berlaku peningatan ketika musim sejuk terutaman di kawasan yang beriklim sederhana. Kebiasaannya melibatkan kanak-kanak dibawah 15 tahun yang belum diberi imunisasi. Difteria juga dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak diberi imunisasi.

Apakah Agen Penyebab

Agen penyebab difteria ialah Corynebacterium diphtheriae yakni bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria. Ia akan menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit, konjunktiva dan alat $ulit.


jangkitan difteria
Bakteria yang menyebabkan difteria

Cara Jangkitan

Penyakit difteria akan tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.

Tempoh pengeraman

Tempoh pengeraman adalah 2 hingga 5 hari atau lebih lama daripada itu.

Bahaya Jangkitan

Jangkitan difteria sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Individu yang tidak diberi imunisasi yang cukup adalah berisiko terdedah kepada Komplikasi seumur hidup. Ianya cukup berisiko untuk tersebar di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah.

tanda tanda difteria
Seorang kanak-kanak yang diserang terkena jangkitan difteria

Tanda dan Gejala

Keradangan akan terjadi dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak akibat dari Pembebasan sitotoksin (bahan yang membawa kepada kerosakan kepada sel).

Pesakit akan sukar untuk menelan makanan kerana tekaknya terasa sakit di antara rongga mulut dan farinks dan kelenjar leher juga turut membengkak. Leher akan membengkak dan edema jika kes yang terlalu teruk.

Komplikasi

Komplikasi yang akan berlaku adalah:

Kelumpuhan pada saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.
Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditis)

Rawatan

Rawatan khusus:

Selepas spesimen bakteria diambil, pesakit akan diberikan antitoksin serta-merta tanpa menunggu keputusan. Dalam kes seperti ini antitoksin tidak boleh diganti dengan antibiotik. Penisilin dan Eritromisin akan diberikan selepas kultur diperolehi.

Bagaimana Pencegahan Dilakukan?

Individu yang ingin ke luar negara perlulah mendapatkan vaksin jenis Toksoid Difteria sekurang-kurangnya 3 dos yang akan disuntik ke dalam otot.

vaksin difteria
Suntikan vaksin

Jadual Vaksin (Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia)

Akan mula diberikan ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan.

Dos Tambahan

Dos tambahan akan diberikan ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi

Kesan buruk terhadap dos yang diberikan sebelumnya.

Kesan Buruk

Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

NOTA: Sebelum anda berlepas sila dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Baca JugaTips Merawat Bisul Dengan Selamat

Sumber: My Health


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!