Polis Kuantan Tawarkan Diskaun Saman Trafik 50 Peratus

diskaun saman trafik

Orang ramai terutama penduduk sekitar KUANTAN yang memiliki saman tertunggak berpeluang untuk menyelesaikannya pada kadar diskaun 50 peratus sahaja pada 26 dan 27 Disember 2019.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali memberitahu, kaunter untuk membuat pembayaran saman akan dibuka bermula 9 pagi sehingga 5 petang untuk tempoh dua hari tersebut. Ianya bagi memudahkan orang ramai yang hadir terutama penduduk di daerah ini untuk membuat pembayaran saman.

Mohamad Noor Yusof Ali
Ketua Polis Daerah Kuantan. Photo: Bernama

Perkara ini dinyatakan oleh Mohamad Noor Yusof selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Kuantan Prade beberapa hari lepas.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya datang awal pada hari pembayaran dan membuat semakan terhadap saman dimiliki di cawangan trafik terdekat ataupun secara atas talian sebelum hadir membuat bayaran Bagi mengelakkan kesesakan.

“Berdasarkan pengalaman terdahulu, akan berlaku kesesakan yang teruk pada hari pembayaran dan pastikan anda datang awal pada hari pembayaran.” Katanya.


SAMAN YANG TIDAK DIBERI DISKAUN

Tawaran diskaun saman ini merangkumi semua jenis kesalahan trafik kecuali:

1. Saman yang di dalam kes perbicaraan mahkamah.
2. Saman semasa Ops Selamat pada tahun semasa.
3. Saman yang berkaitan dengan lori.

polis saman
Gambar Hiasan

MAKLUMAT PEMBAYARAN SAMAN

Tarikh: 26 dan 27 Disember 2018
Lokasi: Perkarangan Balai Polis Trafik Daerah Kuantan di Jalan Mat Kilau
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Orang ramai juga dinasihatkan agar memastikan jenis saman yang dimiliki itu dalam kategori yang boleh diberikan diskaun supaya kehadiran mereka dan berbaris di lokasi yang dinyatakan tidak membuang masa atau sia-sia.

NOTA: Pembayaran saman berdiskaun hanya di tempat yang dinyatakan di atas sahaja dan tertakluk kepada terma dan yyarat.

Majoriti rakyat negara ini tahu bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan samada mereka mempunyai saman trafik ataupun tidak.

SEMAKAN SAMAN

Anda juga boleh membuiat semakan saman secara dalam talian melalui pautan di bawah.

1. Semakan Saman Online PDRM
2. Laman Interaktif Trafik PDRM
3. MYEG Online
4. Semakan Saman JPJ
5. Rileks Online

Nota: Pilih pautan yang memudahkan anda dan keselesaan anda.

Jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di ruang Perkarangan Balai Polis Trafik Daerah Kuantan di Jalan Mat Kilau, Kuantan pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan.

Sumber: Sinar Harian


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!