Doktor Pakar Jantung Didakwa Di Mahkamah Langgar Perintah Kawalan Pergerakan

doktor pakar jantung didakwa

Doktor pakar jantung didakwa dan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu itu tular di media sosial. Tertuduh, Dr Ong Hean Teik, 61, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap di setelah pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Doktor Pakar Jantung Didakwa

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sukarela menghalang seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 K4nun Keseks4an di dalam kawasan Taman Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Persiaran Kuari pada 19 Mac 2020 kira-kira jam 6 petang.

Tertuduh boleh dihukum dua tahun penj4ra atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa bergerak dari kediamannya di Jalan Tanjung Bungah ke Taman Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Persiaran Kuari yang mana lokasi tersebut merupakan dalam kawasan jangkitan.


Dia didakwa ke kawasan itu bukan bertujuan untuk melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jumlah wang jaminan RM8,000 untuk pertuduhan pertama. terduduh juga diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan jumlah wang jaminan RM5,000 terhadap tertuduh dan perbicaraan kes pada 9 Jun depan. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan tertuduh diwakili peguam, Bala Mahesan.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!