Dua Beradik Masih Belajar Tinggal di Rumah Sewa Berdua

kisah dua beradik

Kisah dua beradik mal4ng ini, hanya tinggal berdua rasanya perlu dibantu oleh kita. Mereka berdua tinggal disebuah rumah sewa di Kedai Buloh. Ibunya sudah men1nggal manakala ayah pula tidak diketahui berada di mana.

Dua beradik ini tinggal di sebuah rumah sewa dengan kadar sewa sebanyak RM 300 sebulan. Mereka masih meneruskan pelajaran di sekolah seadanya. Biasanya mereka belajar dengan perut kosong.

Guru yang mengetahui kisah mereka meminta agar dipanjangkan kisah mereka ke pengetahuan orang ramai bagi meringankan beban mereka untuk meneruskan pelajaran dan kehidupan seharian.

Mereka mempunyai 5 adik-beradik. Semuanya adalah perempuan. 3 orang kakak telah berkahwin dalam usia muda kerana kesempitan dalam keadaan semasa. 2 orang kakaknya hanya suri rumah. Seorang kakak bekerja di kawasan KB Mall. Manakala abang-abang ipar bekerja sebagai nelayan dan membuat kerja kampung.

Pelajar ini adalah anak yang ke 4 dan yang bongsu berumur 12 tahun. Mereka tinggal berdua dan menguruskan diri masing-masing. Disebelah malam salah seorang kakak akan balik menemani mereka. Makanan mereka selalunya hanya roti dan biskut.


Kepada yang ingin membantu, bolehlah membantu mereka dengan 2 cara ini.

1. Pergi ke Sekolah Menengah Kedai Buloh, Kelantan. Cari pelajar bernama Wan Nur Izati melalui Guru Kaunseling.

2. Menerusi tabung atas nama Persatuan Sejahtera Rakyat Kelantan. Akaun CIMB Bank 8602951043. Resit rujukan Asnaf Nur Izati.

Semoga dipanjangkan kisah ini. Sama-sama kita membuat pahala disamping meringankan beban 2 beradik ini. Mana tahu asbab ini kehidupan mereka berubah ke arah lebih baik.

Baca Juga – Dah Tak Larat Jaga Cucu, Nenek Rayu Anaknya Pulang

Sumber: facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!