BUTTERWORTH: Empat sahabat karib ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan yang diletakkandi kawasan tempat letak kereta di sebuah stesen minyak di Samagagah, Seberang Jaya, awal pagi tadi dipercayai terhidu karbon monoksida.
“Mereka berempat memang berkawan baik dan merancang ke Pulau Jerejak untuk menghabiskan cuti umum, namun tidak sangka perkara seperti ini berlaku,” kata Nor Jamilah Ahmad, 30-an, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi.
Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Sharifah Fariesha ditemui telah meninggal dunia di dalam kereta dinaiki bersama rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri dan pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan serta Nor Aqilah. Masing-masing berusia 21 tahun.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu, Ayuni Shazwanie dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala dua beradik kembar berkenaan kritikal dan masing-masing dihantar ke Hospital Lumut serta Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Nor Jamilah berkata, ibu Sharifah Fariesha memaklumkan anak saudaranya itu ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya.
“Ketika itu, ibu Sharifah Fariesha menghubungi saya memberitahu anaknya tidak pulang lagi dan tidak membalas mesej WhatsApp atau panggilan telefon.
“Selepas itu, ibunya menghubungi pula tunang anaknya dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa Sharifah Fariesha ditemui tidak sedarkan diri bersama tiga rakannya yang keempat-empat mereka dibawa ke hospital.
“Apabila saya sampai ke hospital, dimaklumkan anak saudara meninggal dunia, ia amat mengejutkan apatah lagi dia adalah satu-satunya anak kepada kakak saya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.
Nor Jamilah memberitahu lagi, beliau difahamkan Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey memberhentikan kenderaan di stesen minyak berkenaan untuk berehat serta membeli makanan kerana mengalami sakit kepala.
Beliau mendapat maklumat itu daripada bapa seorang mangsa yang keluar mencari anaknya dan menerima mesej pemandu kereta berkenaan sakit kepala dan berhenti rehat.
“Malam sebelum kejadian kami juga sempat berbual melalui panggilan video dan dia memaklumkan perancangannya untuk keluar bercuti dengan rakan-rakan baiknya.”
Baca – Detik Cemas Kanak Kanak Nyaris Diculik Depan Ibu
Sumber: Berita Harian
Semoga Fariesha ditempatkan dikalangan orang beriman dan rakan-rakan yang lain dipermudahkan semua urusan ke atas mereka dan keluarga. Salam takziah.- Anak Bapak
1 Comment