Etnik Chin Ketakutan Selepas Pudu dikenakan PKPDS

PKPDS

Ketua sebuah persatuan yang mewakili etnik Chin yang berasal dari Myanmar berkata komuniti itu di Pudu takut mereka akan dihantar pulang ke Myammar.

Ini berikutan tindakan kerajaan meletakkan kawasan itu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Separa (PKPDS) dan serbuan pasukan imigresen baru-baru ini di beberapa tempat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

PKPDS – Etnik Chin Ketakutan

James Bawi Thang Bik, yang mengetuai Perikatan Pelarian Chin, berkata perkara ini menghalang pendatang asing, terutama mereka yang tidak memiliki dokumen daripada tampil untuk menjalani saringan Covid-19.

PKPD separa
Gambar Hiasan. Keadaan satu kawasan di Kuala Lumpur

“Saya mendapat panggilan bertanyakan sama ada mereka akan ditangkap atau dihantar pulang ke Myanmar.

“Saya tidak boleh beritahu mereka ‘ya’ atau ‘tidak’. Saya hanya boleh menggalakkan mereka untuk menjalani ujian,” beliau memberitahu FMT, beberapa jam selepas polis dan tentera mengepung jalan dan memasang pagar kawat berduri di kawasan itu.


Tindakan menempatkan kawasan pudu di bawah PKPDS berikutan laporan peningkatan kes Covid-19 membabitkan pendatang asing di kawasan sekitar. PKPDS membenarkan pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atas penduduk dan pekerja asing.

Walau bagaimanapub, orang ramai masih dibenarkan keluar masuk dari kawasan itu jika mereka mempunyai alasan yang munasabah.

Menurut FMT, James, sedang berusaha menggerakkan bantuan makanan untuk komuniti Chin di Pudu. Beliau berkata sebelum PKPDS, pendatang di daerah itu sedia untuk menjalani ujian Covid-19 berikutan mereka mahu kembali bekerja.

Beliau dikatakan bekerjasama dengan NGO lain untuk memastikan pendatang tanpa dokumen disaring untuk virus itu, dan berkata ramai yang bertanya di mana mereka boleh pergi untuk diuji.

“Tetapi sekarang, selepas serbuan sebelum ini, mereka takut pihak berkuasa akan mengetuk pintu dan menggari mereka. Jadi sekarang mereka takut walaupun untuk disaring.”

Walaupun sebagai ketua mereka, James berkata beliau tidak dapat berjanji kepada komuniti itu mereka tidak akan ditangkap.

“Apabila seorang pemanggil bertanya saya mengenai perkara itu pagi tadi, saya menangis kerana saya tahu jawapannya tapi saya tak dapat beritahu mereka.”

Terdapat kira-kira 2,000 pendatang etnik Chin di Pudu, kira-kira 300 daripada mereka tinggal di kawasan di bawah PKPDS.

Menurut James, kira-kira 50% daripada mereka tidak memiliki dokumen dan menunggu untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Pada awal minggu ini serbuan di kawasan sekitar pasar borong Selayang menyaksikan lebih 1,000 pendatang tanpa dokumen ditahan, termasuk 98 kanak-kanak.

Dua kejiranan di kawasan itu dan juga sebahagian dari kawasan Chow Kit diletakkan di bawah sekatan yang serupa pada awal bulan ini.

Baca – Malaysia Minta UNHCR Hentikan Pemberian Kad Pelarian Sesuka Hati

Mereka ada Persatuan? Adakah status mereka sama dengan status persatuan Pelarian Rohingya? Dan mereka terlalu banyak berada di Kuala Lumpur tanpa dokumen.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta UNHCR hentikan pengeluarkan kad pelarian secara sesuka hati.

Beliau berkata Pejabat UNHCR di Kuala Lumpur perlu berhenti bertindak seperti “kerajaan di dalam kerajaan”, sebaliknya memaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen sebelum mengeluarkan kad pelarian berkenaan.

Harap-harap apa yang dikatakan oleh Menteri, terlaksana dan UNHCR mematuhinya.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!