Etnik Rohingya Tiada Sebarang Hak Membuat Sebarang Tuntutan – Menteri Dalam Negeri

masalah rohingya

Akhirnya Menteri yang berkaitan bersuara setelah rakyat bersuara. Etnik Rohingya yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tidak ada sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada Kerajaan Malaysia.

Etnik Rohingya Tiada Sebarang Hak

Tiada Sebarang Pendaftaran Pertubuhan Atas Nama Rohingya

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) juga tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia. Perkara ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setelah semakan dibuat.

Rohingya 3
Gambar Hiasan – Rohingya

Datuk Seri Hamzah berkata:

“Mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.


“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan dan agensi di bawahnya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dari masa ke masa.

“Sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (30 April 2020).

Harian Metro melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan empat kertas siasatan dibuka.

etnik Rohingya
Gambar Hiasan – Kemasukan mereka adalah atas dasar kemanusiaan

“Selain itu, dua tekong warga Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR ke dalam negara,” katanya.

Datuk Seri Hamzah berkata, langkah pihak berkuasa tidak membenarkan bot membawa etnik Rohingya memasuki perairan negara 17 April lalu adalah tindakan berlandaskan undang-undang. Ia dilakukan bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

“Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari perairan negara,” katanya.

Menurutnya lagi, tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

“KDN menegaskan pihak berkuasa akan terus bersiap-siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara.

pelarian Rohingya
Mereka bertuah kerana di Malaysia ada yang sudah hidup senang dan tinggal di rumah Flat serta memonopoli perniagaan.

Menteri juga mengingatkan PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia agar terus menghormati dan mematuhi undang-undang di negara ini. Menurut rekod, seramai 179,521 pemegang kad UNHCR menetap secara sementara di Malaysia dengan 101,584 (56.6 peratus) adalah etnik Rohingya.

KDN juga menegaskan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

“Oleh itu, kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan mengklasifikasikan mereka sebagai PATI yang memegang kad UNHCR.

“Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” katanya.

Baca Juga – Etnik Rohingya Patut Dihantar Pulang Ke Myammar

Semoga kerajaan bongkar satu persatu berkaitan dengan mereka. Antaranya status Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom), Zafar Ahmad Abdul Ghani dan lain-lain lagi jika ada. Adakah Merhom juga pertubuhan Haram dan apakah status sebenar Zafar Ahmad. Adakah beliau mewakili semua etnik Rohingya di Malaysia atau sekadar syok sendiri.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!