Faiz Subri Kembali Selepas Menyepi Sepanjang Tahun 2019

faiz subri

Semua orang kenal Mohd Faiz Subri. Selepas memenangi anugerah FIFA Puskas Award, nama beliau tiba-tiba hilang daripada radar bolesepak. Ibarat bintang yang hilang kerana sepanjang tahun 2019, kita seolah-olah tidak mendengar namanya dalam arena bolasepak tempatan.

FAIZ SUBRI KEMBALI?

Itu cerita musim 2019, kini Faiz Subri muncul kembali dan bakal membuat kemunculan bersama pasukan Northern Lions FC MAHSA (NLFC-MAHSA).

Faiz Subri
Mohd Faiz menerima ucapan tahniah daripada Ronaldo ketika menerima anugerah Puskas. Foto oleh NST

Pemenang anugerah FIFA Puskas Award diumumkan sebagai pemain NLFC-MAHSA menerusi hebahan di laman sosial milik kelab tersebut kelmarin.

Faiz Subri dijangka akan membuat penampilan sulungnya bersama dengan NLFC-MAHSA apabila turun beraksi menentang Kerteh FC dalam perlawanan kelayakan Piala FA nanti. Selain kejohanan yang menggunakan format kalah mati itu, NLFC-MAHSA juga bersaing dalam kancah Liga M3 bagi tahun ini.

Untuk rekod, Pulau Pinang adalah pasukan terakhir yang diwakilinya sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2018.


Difahamkan, Faiz tidak mengikat sebarang kontrak dengan mana-mana pasukan sehinggalah jendela perpindahan Liga Malaysia ditutup pada 20hb februari 2019.

Sebelum ini, dia juga dikhabarkan mendapat tawaran daripada pasukan lamanya Pulau Pinang pada ketika itu namun dia menolak atas alasan peribadi.

Semoga Liga M tahun ini menjadi titik tolak kepada kemunculan semula Mohd Faiz Subri dalam kancah bolasepak tempatan kerana namanya sudah dikenali di seantero dunia selepas memenangi Anugerah Puskas dahulu.

Baca juga – Baddrol Bakhtiar Bukan Orang Kedah

Sumber – Sukan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *