Bagaimana Firdaus Wong Sambut Harijadi? Ini Baru Anak Bapak

Cara Firdaus Wong Sambut Hari Jadi

Admin tertarik dengan posting yang dibuat oleh Firdaus Wong beberapa jam yang lepas. Statusnya ialah Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini? Saudara Firdaus Wong berkongsi bagaimana dia menyambut harijadinya semasa sebelum menganut agama islam dan selepas menganutnya.

Berikut adalah catatan beliau di dalam facebooknya. Mari sama-sama kita baca bagaimana cara beliau menyambut harijadi.

firdaus Wong
Saudara Firdaus bersama kedua orang tuanya

Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.

Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005. Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.

Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah ibu bapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah ibu bapa saya bukannya saya dan saya sepatutnya mendahulukan ibu bapa saya pada harijadi saya.


Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah dan kebajikan saya walaupun belum muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.

*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.

Itulah ringkasan cerita tentang saudara Firdaus Wong seorang pendakwah. Semoga beliau terus sukses dengan kerja-kerja dakwahya dan semoga Allah makbulkan doanya. Insya Allah.

Sumber: Firdaus Wong


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!