Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan di Sabah selepas gabungan itu memperoleh majoriti mudah iaitu 37 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.
Kejayaan Gabungan Rakyat Sabah
Kejayaan gabungan ini diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar.
Bung Mokhtar berkata, GRS yang dianggotai oleh Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh keputusan itu setakat pukul 9.23 malam ini.
“GRS mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi kepercayaan untuk membentuk kerajaan baharu. Kami berjanji akan memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan menyelesaikan segala masalah berbangkit,” katanya dalam sidang akhbar malam ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa perbincangan akan diadakan secepat mungkin bagi menentukan siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri Sabah.
Sumber: Utusan Online
Tahniah kepada mereka yang menang. Apabila sudah diberi kepercayaan, berkhidmatlah demi rakyat dan dengarilah rintihan rakyat.