Gadis Ini Menjadi Bahan Ketawa Kerana Suka Mengumpul Pembuka Tin Coca Cola Selama Beberapa Tahun. Akhirnya Semua Melopong Ketika Dia Muncul Pada Hari Majlis Resmi Sekolah

Gadis Kumpul Pembuka Tin Coke

Kebanyakan orang ramai berfikiran negatif apabila melihat seseorang itu membuat sesuatu yang dianggap pelik bagi mereka. Sesuatu benda yang difikir tidak lojik tanpa mereka mengetahui tujuan pelaku.

Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar di Amerika Syarikat. Pelajar wanita ini dilihat oleh rakan-rakannya suka mengumpul penutup tin coca-cola. Pada mulanya dia menjadi bahan gelak ketawa rakan-rakannya kerana dia seolah-olah menjadi pemungut sampah.

coke, coca cola
Pembukan tin minuman

Walau bagaimanapun, setelah dia berjaya mengumpul sebanyak 6300 keping pembuka tin, orang-orang yang pernah metertawakannya terkejut dan melopong. Kenapa sampai melopong?

Mereka terkejut dan melopong kerana dia muncul di hadapan mereka dengan penampilan yang sangat anggun dengan gaun yang begemerlapan. Pada hari itu para pelajar mengenakan pakaian yang cantik kerana menghadiri majlis graduasi paling penting di sekolah mereka.

Gaun cantik yang dikenakannya jika dipandang sepintas lalu adalah seperti pakaian biasa. Namun yang sebenarnya adalah diperbuat daripada pembuka tin minuman yang dikumpulnya selama bertahun-tahun.

pembuka tin minuman
Jika dalam kuantiti yang banyak, anda boleh buat sesuatu jika anda inginkan

Mari kita tengok pakaian beliau.

Beliau mendapat inspirasi membuat gaun daripada kepingan pembuka tin coca-cola itu dari sebuah film kartun ketika dia masih belajar di Kelas 8. Sejak itu, beliau mula mencari dan mengumpul pembuka tin coca-cola tanpa memperdulikan apa orang lain akan kata atau tertawa padanya.

Setelah membuat pencarian dan pengumpulan selama beberapa tahun, dia berjaya mengumpul pembuka tin tersebut sebanyak 6,328 keping.

gaun, baju,
Pakain yang menarik hasil dari pembukan tin minuman

Beliau memberitahu bahawa proses untuk membuat gaunnya sangat sukar dariapada yang dia pernah bayangkan. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran serta semangat yang tinggi. Setelah bersusah payah, akhirnya gaun pembuka tin minuman yang diidamkannya siap dengan hasil kerja yang sangat menakjubkan.

Berat gaun ciptaanya mencecah 1.8 kg, tetapi mesra alam dan dia yakin tidak ada yang lain selepas itu. Walau bagaimanapun gaun ciptaannya itu mempunyai sedikit kelemahan iaitu agak tidak selesa apabila duduk. Beliau tetap puas apabila mengingatkan nilai kerjanya yang indah.

gadis cantik
Cantik dan bergaya

Perkara yang paling mengagumkan adalah pakaian uniknya itu merupakan satu-satunya pakaian yang seumpama itu di dunia dan mendapat liputan meluas dari media tempatan. Dia juga dijemput untuk diwawancara dengan stesen TV tempatan.Ada juga jurugambar berminat untuk mendokumentasikan pelan pembuatan gaun itu dengan satu siri gambar.

Bagi pelajar sekolah menengah tersebut, mereka merasakan majlis graduasi tersebut sebagai kenangan terindah mereka kerana ianya dapat menarik perhatian ramai. jika dibandingkan dengan pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah, gaun buatan tangan ciptaaanya yang menarik itu, bukan hanya lebih cantik bahkan ianya lebih unik.

pembuka tin
Walaupun agak berat, ia kelihatan sangat menarik

Rupa-rupanya sekolah tersebut mempunyai bakat tersembunyi dalam dunia fesyen Walaupun dia baru diperingkat sekolah menengah. Kata pepatah melayu, Tuan Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Mana tahu satu hari nanti dia menjadi seorang pereka fesyen.

Sumber: era baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *