Gambaran Sebenar Dabbah, Binatang Pembawa Pesan Kiamat

Gambaran Sebenar Dabbah

Dabbah adalah binatang yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Alquran di mana apabila telah tiba masanya, ianya akan dikeluarkan kepada seluruh manusia merupakan seekor binatang berkaki empat daripada tanah.

Allah SWT berfirman dalam surah An Naml: 82:

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami.”

Hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Ibn Majah dari ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya tanda-tanda kiamat pertama yang akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu Dhuha, yang manapun diantara dua hal ini akan terjadi dahulu, maka yang keduanya akan terjadi dalam waktu yang dekat.”

dabbatul ardhi
Dabbah akan keluar seiring dengan matahari terbit di sebelah barat sama ada sebelum matahari terbit atau sejurus matahari terbit

Dabbah merupakan seekor binatang yang sangat besar, berbulu panjang, berbulu roma pendek dan halus dan mempunyai beberapa kaki.

Antara sifat binatang tersebut ialah ia boleh berkata-kata dan bercakap kepada seluruh manusia atas muka bumi ini. Dalam hadith lain Nabi Muhammad SAW berkata, “Binatang ini akan keluar seiring dengan matahari terbit di sebelah barat sama ada sebelum matahari terbit atau sejurus matahari terbit.


Binatang itu keluar dan salah satu daripada kata-katanya kepada manusia ialah, “baru sekarang kamu mahu solat, sedangkan selama ini telah diceritakan kepada kamu”?

Jika pada masa itu ada manusia yang baru ingin menutup aurat ia akan berkata, “Hai manusia! baru sekarang kamu menutup aurat, kamu sudah terlamba”.

Rasulullah SAW memberitahu, apabila binatang ini telah tiba, ia akan mengeluarkan satu alat yang dibawanya (samada tongkat Nabi Musa a.s atau cincin Nabi Sulaiman a.s), apabila ia menghampiri seseorang dia akan menegur dan berkata atas kesalahan mereka.

Kemudian ia akan mengeluarkan salah satu alat yang dibawanya. Seandainya alat yang dikeluarkan adalah cincin Nabi Sulaiman a.s, dan diletakkan di badan orang itu, maka ketika itu, wajah orang itu akan menjadi kehitaman.

dabbat al ard
Pada waktu itu hanya ada dua golongan manusia sahaja di muka bumi ini.

Bermula dari saat itu, panggilan kepada orang itu (yang bertukar kehitaman) oleh orang lain bukan lagi menggunakan namanya. Pada masa itu mereka akan mula memanggil, “Hai Kafir”.

Sekiranya yang dikeluarkan oleh Dabbah adalah tongkat Nabi Musa a.s, dan diletakkan di badan orang itu, maka selepas itu, orang ramai akan memanggil orang itu dengan panggilan, “Hai Mukmin”. Ingatlah, pada ketika itu, hanya ada dua nama sahaja.

Ketika itu, kita tidak lagi mampu berselindung disebalik nama islam sepertimana sekarang. Ramai yang mengaku islam sebaliknya di dalam hati penuh dengan rasa kedengkian terhadap islam.

Hari ini ramai yang namanya Islam, tetapi dia sendiri tidak selesa, dan mempertikai agama yang dianutinya.

Dabbah tidak mencederakan atau membunuh sesiapa, tugasnya adalah untuk menanda orang-orang mukmin. Semua manusia yang hidup ketika itu, akan didatangi oleh Dabbah tanpa terlepas walau seorang.

Marilah sama-sama kita memperkasakan ibadah kita dan jauhi daripada kemaksiatan. Sesungguhnya masa itu, adalah rahsia Allah dan kita sendiri tidak mampu menjangka bilakah waktunya. Wallahu A’lam.

Artikel Lain: Biodata Lengkap 25 Rasul Pilihan

Sumber: Ust Wadi Anuar



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!