Setelah 7 Minggu Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh PKPB Dibawa Ke Majlis Raja-Raja

garis panduan solat jumaat

Setelah 7 minggu tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat, akhirnya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan pada 8 Mei 2020 bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat semasa berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perbincangan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh PKPB.

panduan solat jumaat
Menteri Agama Islam

Mesyuarat pada sebelah pagi telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh PKPB. Garis panduan tersebut disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana biasa, resolusi muzakarah akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan Persekutuan, urusan-urusan yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri seperti yang disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.


“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.

Semoga kita semua dapat kembali berjemaah di masjid bukan sahaja untuk solat Jumaat bahkan baki solat Tarawih yang masih ada. Mudah-mudahan selepas dibuka kali ini, yang jarang-jarang ke masjid bolehlah lebih kerap manakala yang sudah lama tidak menjengok masjid boleh mula berbuat demikian. Wallahu a’lam


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!