Kumpulan Pertama 43 Gelandangan Dihantar Bekerja Di Sitiawan

gelandangan

Seramai 43 orang kumpulan pertama gelandangan bakal memulakan kehidupan baharu mereka di Sitiawan, Perak apabila diterima bekerja oleh beberapa syarikat negeri itu.

Sebelum ini mereka telah ditemuduga kerja, berlepas pada jam 6.30 petang semalam menaiki dua bas yang disediakan untuk ke Sitiawan, Perak. Mereka bukan sahaja diberi peluang bekerja malah turut diberi kemudahan tempat tinggal.

Hijrah Gelandangan

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kumpulan pertama itu dipindahkan dari pusat transit selepas dipilih beberapa syarikat bekerja di Sitiawan termasuk di kilang pembuatan makanan.

Hijrah Gelandangan
Tan Sri Annuar bersama gelandangan yang akan bergerak ke Sitiawan. Foto: Bernama via Metro

Menurutnya lagi, seramai 96 orang pula terbabit dalam kerja pembungkusan barangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Anjung Singgah selepas diterima bekerja di Top Glove Sdn Bhd.

“Manakala yang lain kira-kira 200 orang pula akan dibawa untuk berkursus selama sebulan untuk meningkatkan potensi mereka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil bekerja oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).


“Jadi kita harap 500 gelandangan selepas ini yang ditemuduga akan mendapat kerjaya baharu kerana yang dikenal pasti ini produktif, boleh bekerja, sihat tubuh badan dan usianya masih boleh bekerja,” katanya pada sidang media selepas sesi Pelepasan Penempatan Pekerjaan Kumpulan Gelandangan di Lobi Menara DBKL, Kuala Lumpur, hari ini.

Tawaran gaji yang diberikan boleh dikatakan lumayan iaitu sekitar RM1,400 ke RM1,600. Ia adalah satu permulaan yang baik buat mereka.

Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada syarikat terbabit yang menyahut seruan kerjaan untuk memberi peluang kepada gelandangan bekerja.

Beliau bekata lagi, jika ada permintaan lain seperti di pasar borong yang memerlukan tenaga kerja kerajaan akan usahakan kerana jika diikutkan permintaan itu lebih di mana sebagai contoh syarikat di Sitiawan, Perak inginkan 200 pekerja namun setakat ini hanya mampu menghantar 43 orang sebagai permulaan.

Tan Sri Annuar berkata lagi, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain untuk membantu gelandangan luar dari Kuala Lumpur mendapat pekerjaan.

Baca – Keluarga Daif Terpaksa Tolak Rumah Sewa Yang Ditawarkan

9 majikan yang dikenal pasti sebelum ini antaranya Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd, Harumi Brands Sdn Bhd, Top Glove Sdn Bhd, Tesco Malaysia dan Trendcell Sdn Bhd yang memenuhi kriteria JTK WPKL serta mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menawarkan peluang pekerjaan.

Sumber: Metro

Semoga selepas ini, tiada lagi gelandangan yang sihat dan mampu bekerja berkeliaran seperti sebelum ini.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!