Isu Yuran ILP Percuma, GPMS Mohon Penjelasan

Isu yuran ILP Percuma kepada pelajar kaum india

GPMS mohon penjelasan isu yuran ILP percuma untuk kaum India selepas kecoh hingga tular di media sosial. Sehubungan dengan itu, hari ini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melalui Presidennya, Mohd. Alif Anas Md. Noor (Gambar Atas), menuntut Kementerian Sumber Manusia membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

Beliau berkata tindakan itu sebagai bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hanya Yang di-Pertuan Agong layak menjaga hak-hak bumiputera dan hak sah kaum lain dalam pendidikan.

Kementerian Sumber Manusia
Menteri Sumber Manusia

“GPMS menuntut penjelasan daripada pihak kementerian, adakah ini merupakan dasar baharu Kementerian Sumber Manusia? Adakah kerana Menteri Sumber Manusia hari ini merupakan kaum India maka kelebihan itu diberi?

“GPMS juga menuntut agar sumber pembiayaan pengecualian yuran tersebut dijelaskan. Hal ini demikian kerana jika sumbernya dari Akaun Amanah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), maka ia adalah satu pencabulan wang rakyat dan tindakan ini satu diskriminasi yang besar,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia atas dakwaan diskriminasi perkauman melibatkan pembayaran yuran di ILP Ledang, Johor.


Ia berikutan pengecualian bayaran yuran yang diberikan kepada kaum India yang datang mendaftar di pusat latihan itu semalam.

Sumber: Utusan Online

KENYATAAN MEDIA

PUTRA
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan diskriminasi kaum dalam proses pembayaran yuran pendaftaran di Institut Latihan Perindustrian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

1. Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA telah menerima aduan dari ibu bapa berbangsa Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mendaftarkan anak jagaan mereka di ILP Ledang sebuah institusi kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

2. PUTRA di maklumkan bahawa semua penuntut kaum India adalah di kecuali kan dari membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800 manakala bagi penuntut Selain dari kaum India, pembayaran yuran RM1800 berkenaan adalah di wajibkan.

3. PUTRA melihat dasar Kementerian Sumber Manusia menggunakan Wang rakyat dari Akaun Amanah ILJTM adalah satu dasar diskriminasi perkauman yang tidak berlandaskan mana-mana peruntukan undang-undang.

4. PUTRA juga melihat dasar ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di pihak Kementerian Sumber Manusia yang menyalahgunakan Dana awam hanya untuk kepentingan kaum tertentu dan kemungkinan di sebabkan Menteri Sumber Manusia adalah seorang dari kaum India maka atas sebab Itulah dasar ini di perkenalan.

5. PUTRA memandang serius penyalahgunaan Dana awam untuk kepentingan politik sempit Menteri Sumber Manusia dan PUTRA akan membuat aduan rasmi berkaitan isu ini.

6. Buat ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di ILP dan telah membayar yuran pendaftaran tersebut, Sila hubungi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA di talian +60176635719 untuk Kita menubuhkan satu jawatankuasa bertindak menuntut Keadilan dan Hak samarata seperti yang di jamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan.

7. Perkara 153 Perlembagaan hanya membolehkan Yang Di Pertuan Agong memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum Lain dalam bidang Pendidikan dan Latihan.

8. PUTRA percaya Yang Di Pertuan Agong tidak memberi perkenan kepada dasar diskriminasi Kementerian Sumber Manusia ini dan selagi belum di perkenankan maka sebarang dasar kerajaan yang bercanggah dengan undang-undang adalah tidak berpelembagaan dan boleh di cabar di Mahkamah.

9. PUTRA mengambil maklum bahawa kemiskinan merupakan antara faktor penghalang kepada peluang Pendidikan tetapi kemiskinan adalah buta perkauman.

10. Kerajaan hendaklah bertindak adil mengikut undang-undang dan sebarang bentuk diskriminasi selagi ianya tidak di kecuali kan oleh undang-undang hendaklah di hentikan.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA
1 Julai 2019

Baca Juga – Ibu Bapa Penganut Buddha Namun Anak Mereka Hafazan AlQuran

Sumber: Media Tular



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!