Harga Sekeping Gambar Berbanding Anak

harga sekeping gambar

Inilah harga sekeping gambar. Demi untuk sekeping gambar yang dikatakan unik dan menarik, seorang lelaki sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri.

Harga Sekeping Gambar

Menurut Astro Awani, rakaman video yang tular di laman sosial Weibo itu menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit.

Dalam masa yang sama seorang lagi anak lelakinya dilihat sedang mengambil gambar dari arah belakang.

Aksi berbahaya itu dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.

Video tersebut mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dan rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.


Bagaimanapun, menurut laporan The Daily Mail, sehingga kini identiti kanak-kanak itu dan ahli keluarganya masih belum dapat dikenal pasti.

Baca – Demi Anak Seorang Ayah Sanggup Anyam Tali Rafia Untuk Dijadikan Bag Sekolah

Min nak pesan, kalau nak dapatkan glamour atau viral sekalipun, jangan lupa aspek keselamatan. Tambahan ianya melibatkan anak sendiri. – Anak Bapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!