SEORANG individu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara setelah dia memuat naik gambar karikatur hina Nabi Muhammad SAW di facebook miliknya, kelmarin.
Individu yang menggunakan nama ‘Foo Sing Wai’ telah memuat naik gambar katikatur yang menunjukkan seorang lelaki tua (menggambarkan sebagai Rasulullah SAW) bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun (menggambarkan sebagai Siti Aisyah ra) yakni isteri baginda.
Tindakan individu tersebut sangat biadap kerana benar-benar menimbulkan kemarahan umat islam. Kebiadapannya ini jika dibiarkan mampu mencetus huru-hara di kalangan rakyat di negara ini.
Susulan itu laporan polis telah dibuat oleh beberapa individu di Balai Polis Batu Caves dan keterangan juga diberikan kepada Pegawai Polis di IPD Gombak pada malam tadi.
Sejak negara ini berlaku peralihan kuasa, berbagai tindakan rasis dan penghinaan agama seolah-olah bebas diperkatakan di media-media sosial. Kerajaan disarankan agar bertindak lebih tegas terhadap isu-isu seperti ini. Mereka seolah-olah sengaja dan tidak kisah disebabkan kebebasan yang diberikan untuk bersuara oleh kerajaan.
Berikutan itu, netizen mahu individu tersebut ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya kerana tindakannya itu jelas telah mengguris hati umat Islam.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, orang bukan Islam seharusnya faham batas pertuturan yang boleh dilakukan oleh mereka.
Ini kerana, perkara penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah isu yang perlu dihindari. Kenapa perlu menghina kepercayaan umat islam sedangkan mereka bebas mengamalkan agama mereka tanpa gangguan oleh umat islam.
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Masyarakat Islam Malaysia dijangka akan turut membuat laporan polis.
Individu yang sama juga dikatakan pernah menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor seolah-olah mereka sedang menonton filem lucah di rumah mereka.
Gambar berkenaan yang dipercayai disunting menunjukkan Najib bersama Rosmah sedang menonton filem berkenaan.
Sumber: Facebook dan Cempedak Cheese
1 Comment