Ibu Bapa Penganut Buddha Namun Anak Mereka Hafazan Al-Quran

Tan Mike Foong

Kisah Menarik sewaktu pendaftaran Pelajar baru. Ibu dan ayah (beragama buddha) kepada seorang pelajar turut hadir memberikan semangat pada sesi pendaftaran pelajar baru. Nama pelajar terbabit ialah Tan Mike Foong, ibunya Ang Bee Cheng manakala ayahnya ialah Tan Ang Chong.

Tan Mike Foong mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 2013 beliau melanjutkan pelajaran Pengajian Diploma Dalam Pengurusan Pejabat di Persatuan bagi orang Buta Malaysia.

hafazan quran
Ibu dan bapanya hadir ketika pendaftaran pelajar baru

Beliau memeluk agama Islam pada tahun 2015. Beliau ditawarkan pengajian Sijil Asas Tahfiz sehingga berjaya menghafaz 10 Juzuk Pada tahun 2018 .

Tan Mike Foong baru sahaja menamatkan Sijil Asas Tahfiz DQ selama setahun dan berjaya menghafaz sebanyak 10 juzuk.

Di atas faktor kemampuan, kesungguhan dan prestasi yang luar biasa semasa pengajian sijil Asas Tahfiz 2018, Tan Mike Foong ditawarkan untuk mengikuti program pengajian Diploma Tahfiz untuk sesi 2019 .


mike 2
Mike ketika mendengar taklimat

Dimaklumkan bahawa ibu dan bapanya adalah penganut agama Budha. Walaupun demikian, setiap minggu ibu dan bapanya menziarahi Mike untuk melihat keperluan Mike di asrama.

Pada cuti semester, Ibu Mike dilihat sering menghantar dan menunggu anaknya itu di Masjid untuk solat waktu dan solat Jumaat.

Ibu Mike memberitahu bahawa anaknya membaca Al-Quran setiap pagi dirumah iaitu mengulangkaji hafazannya.

mike 1
Sama-sama menadah tangan

Semoga saudara Tan Mike Foong mampu menghafaz 30 juzuk tanpa sebarang masalah. Tambahan beliau mendapat kerjasama penuh daripada kedua ibu bapanya.

Artikel Lain: Makna Disebalik Huruf Alif Ba dan Ta

Komen anda bagaimana?

Sumber: Darul Quran JAKIM


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!