Ibu Berniaga Car Boot Sale, Rayu Sumbangan Untuk Anak

rayu sumbangan untuk anak

Ibu rayu sumbangan untuk anak. Hati ibu mana yang tidak sedih jika melihat anaknya yang masih kecil sering sakit. Perkara ini terpaksa diharungi seorang ibu di Indera Mahkota 8, Kuantan, yang sering resah memikirkan nasib dan masa depan anaknya.

Manakan tidak, bayi perempuannya Maya Alisha Mohd. Hasrol yang berusia setahun tujuh bulan mengalami masalah jantung berlubang.

Rayu Sumbangan Untuk Anak

Menurut Rozita Radzali, 33, anak keenamnya dari tujuh beradik itu dilahirkan tidak cukup bulan dan bertarvng dengan penyakit itu sejak dilahirkan.

Selepas dilahirkan ketika kandungan berusia enam bulan, Maya Alisha ditempatkan di dalam wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selama lebih sebulan dan disahkan doktor menghidap penyakit jantung berlvbang.

ibu rayu sumbangan
Bibir dan jari Maya Alisha kelihatan kebiruan

Berat Maya Alisha hanya 1.5 kilogram ketika dilahirkan dan fizikalnya sangat kecil tidak sesuai untuk menjalani pembed4han ketika itu.” kata Rozita.


Selepas beberapa kali bertemu doktor, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjalani pembed4han dan ia perlu dilakukan segera. Tangan dan kaki anaknya kini telah menjadi kebiru-biruan dan selalu dalam keadaan letih.

Katanya lagi, pembed4han pertama di Institut Jantung Negara (IJN) dijadualkan pertengahan bulan ini dengan kos kira-kira RM25,000.

Dengan pendapatan yang tidak menentu, Rozita dan suaminya, Mohd Hasrol Hasan, 37, tidak mampu menyediakan kos pembedahan tersebut. Buat masa ini mereka hanya menjalankan perniagaan Car Boot Sale di Taman Kerang di Bandar Kuantan dan merayu sumbangan orang ramai bagi membantu keluarganya.

Setakat ini, mereka hanya berjaya mengumpul kira-kira RM1,000 hasil sumbangan orang ramai yang mengetahui tentang keadaan anaknya itu menerusi laman sosial Facebook dan saudara mara terdekat.

Pendapatan dari perniagaannya tidak mencukupi bagi menampung kos pembed4han. Ini kerana wang yang ada perlu juga digunakan untuk menguruskan perbelanjaan anak-anak lain termasuk empat orang yang masih bersekolah.

“Adakala meniaga satu malam pun tidak sampai RM10 yang dapat.” katanya.

Saya rayu sumbangan untuk anak dari orang ramai terutama dari segi kewangan untuk menampung kos pembedahanya kerana itulah keutamaan kami,” katanya yang mempunyai tujuh anak berusia antara 14 tahun hingga lima bulan.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Rozita di talian 011-11033943 atau menerusi akaun bank Maybank miliknya bernombor 156094414390 atau CIMB 7036434294, Mohd Hasrol (suami).

Semoga dengan pertolongan kita dan keizinan dari Allah (SWT) jualah, bayi ini berjaya diselamatkan dan dapat hidup sihat seperti anak-anak kita. InsyaAllah.

Baca Juga – Anak Angkat Yang Disangka Berusia 9 Tahun Sebenarnya 22 Tahun

Sumber dan foto  РUnit Komunikasi Dan Media Pahang



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!