Ibu dan Bapa Tiri Berhati Binatang! Pukul Anak OKU Dengan Wayar Hingga Cedera Parah

Dera Anak Hingga Parah

Apa nak jadi dengan sesetengah ibu bapa. Tidak adakah rasa kasih pada anak sendiri? Setiap anak yang lahir termasuk binatang memerlukan belaian dan kasih sayang dari ibu dan bapa. Lebih-lebih lagi di usia yang masih kecil atau kanak-kanak.

Tugas ibu dan bapa bukan saja bagi makan, bagi pelajaran tetapi turut bertanggungjawab melindungi anak mereka dari segala bentuk ancaman atau bahaya. Hal ini tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak di sebuah negeri di selatan tanah air.

Pukul Menggunakan Wayar

Terbaru tular di media sosial di mana seorang kanak-kanak lelaki dipercayai telah didera oleh ibu dan bapanya dengan begitu teruk sehingga mendatangkan kecederaan yang boleh diklasifikasikan sebagai parah. Sanggup mereka memukul anak mereka menggunakan wayar. Sakit siot kalau pukul diri kau sendiri.

dera
Kanak-kanak ini cedera kerana penderaan oleh kedua orang tuanya

Kesalahan anak tidak boleh diterima oleh kita semua. Hanya kerana anaknya itu keluar bermain dengan kawan seusia dengannya, dia dilibas teruk. Menurut perkongsian di facebook, mangsa mengalami kecederaan yang teruk di belakang badan dan beberapa lagi bahagian lain.

Angkara Bapa Tiri

Woi aku pun dibela bapa tiri juga dulu. Siap bawa pergi mana-mana dengan beruk belaannya dengan basikal dia. Kadang aku duduk belakang beruk di depan, kadang aku di depan beruk di belakang. Tetapi lelaki yang nampak hensom ini kejam. Ibu mangsa pula dikatakan warga asing. Asing ke warganegara ke itu bukan persoalan.


Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang berusia 13 tahun ini adalah orang kelainan upaya (OKU) dan tinggal bersama-sama mereka.

penderaan kanak-kanak
Ibu dan bapa tiri mangsa. Mangsa (Gambar Kecil)

Nasib Baik Jiran Tengok Darah Pada Baju

Perbuatan kejam mereka terbongkar selepas seorang jiran perasan terdapat kesan darah pada baju kanak-kanak tersebut. Lalu dia pinta kanak-kanak itu menceritakan perkara sebenar. Akhirnya kantoi. Kanak-kanak tidak bercakap bohong tambahan anak seperti ini yang dizalimi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki tersebut dan ibunya. Mereka seperti tidak ada belas kasihan walaupun pada anak sendiri. Bagaimana agaknya kalau mereka ini menjaga anak orang?

Suspek Ditahan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, susulan insiden itu, pihaknya menahan pasangan suami isteri di sebuah rumah di Kampung Majidee, Johor Bahru.

kanak kanak didera
Kes disiasat di bawah Sekseyn 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001

Bapa tiri mangsa bekerja sebagai pemandu bas di Singapura manakala ibunya adalah warganegara Indonesia dan menjalankan perniagaan makanan secara atas talian.

Kanak-kanak tersebut kini menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Johor Bahru.

Polis turut merampas seutas wajar mikrofon, sebatang rotan dan penyangkut baju dari rumah tersebut yang dipercayai digunakan untuk mendera kanak-kanak terbabit.

Kes penderaaan kanak-kanak ini juga disiasat di bawah Sekseyn 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: Oh My Media dan facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!