Ilmu Pendinding Diri Dari Sihir dan Musuh Dengan Ayat 4

pendinding diri

Ilmu pendinding diri ini diijazahkan oleh Muhabsi untuk diamalkan. Menurut beliau, ilmu ini dinamakan Ayat 4 adalah warisan orang-orang melayu dahulu yang kuat pegangan agamanya. Pengamalnya mestilah mengikut syaratnya iaitu tidak boleh meninggalkan solat dan secara ringkasnya mereka tidak boleh melakukan hal-hal yang membawa kepada dosa besar.

Ilmu pendinding diri ini hendaklah diamalkan selepas menunaikan solat fadhu maghrib dan subuh wajib selama 100 hari. ln Sha Allah tidak ada satu sihir pun yang dapat mambinasakan pengamalnya, apakah lagi musuh yang terang tidak akan mampu untuk mengapa-apakan kita kerana kaki dan tangan mereka tidak dapat bergerak apabila berhadapan dengan kita.

ilmu pendinding diri
Pengamal mestilah meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa

ILMU PENDINDING DIRI

Bacalah Kalimah ini:

لا إله إلا أنت، سبحانك اني كنت من الظالمين

‘La Ilaaha Illa Anta, Subhaanaka Inni kuntu minadz Dzoolimiin’

‘Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim’

Baca sebanyak 33 kali. Apabila selesai membacanya, sedut nafas sedalam-dalamnyanya. Kemudian lepas nafas sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.

Kemudian Baca:


والله غالب على أمره

‘Wallahu Ghaalibun ‘ala amrih’

‘Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya’

Baca sebanyak 33 kali. Apabila selesai membacanya sedut nafas sedalam-dalamnya. Kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.

Kemudian Baca:

ياحي، يا قيوم، يا الهنا، وإله كل شيء، إلهاً واحداً، لا إله إلا أنت

‘Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Ilaahana, Wa Ilaha Kulli Syai-in, Ilaahan Waahida, La Ilaha Illa anta’

‘Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu’

Baca sebanyak 33 kali. Apabila selesai membacanya sedut nafas sedalam-dalamnya. Kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.

يا ذالجلال والإكرام

‘Ya Dzaljalaali Wal-ikraam’

‘Wahai Tuhan yang memiliki segala Keagungan dan Kemuliaan’

Baca sebanyak 100 kali. Apabila selesai membacanya sedut nafas sedalam-dalamnya. Kemudian lepas nafas itu sambil mengusap muka dan seluruh badan dengan kedua telapak tangan.

zikir
Wanita juga tidak terkecuali jika ingin mengamalkannnya

Baca Juga – Bacalah 3 Doa Dalam Sujud Terakhir Ketika Solat

TANDA ILMU ANDA MENJADI

Tanda-tanda ilmu pendinding diri yang anda amalkan menjadi adalah melalui tanda-tanda seperti berkut:

1. Seluruh badan terasa meremang atau merinding.

2. Muka dan telinga anda terasa sejuk.

3. Aliran hawa sejuk seperti air batu mengalir dari tengkuk turun ke tulang belakang dan menyelerak ke bahu.

4. Berdiri bulu roma manakala mata terasa ingin tertutup kerana terlalu khusyuk.

5. Terasa sangat bersemangat seperti mahu bangun.

6. Rasa tubuh badan sedikit-sedikit terangkat dan akhirnya rasa seolah-olah terapung dari tempat duduk.

Berzikir lah sambil memejamkan mata dengan memahami maksud ayat-ayat tersebut.

Semoga Ilmu ini bermanfaat kepada yang berkehendakkannya – Muhabsi


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *