Minyak Sawit Malaysia Dibeli Semula Oleh Negara India

mnyak sawit malaysia

India kembali membeli minyak sawit Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Agensi berita Reuters melaporkan, pembelian baru itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.

India Kembali Beli Minyak Sawit Malaysia

Minggu lalu pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.

“Jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah,” kata peniaga dari Singapura yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.

india beli minyak sawit malaysia
Pembelian itu sekurang-kurangnya mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia

Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.


Dengan pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini, India telah menghadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Kini hubungan kedua-dua negara dilihat semakin baik sejak pemerintahan baharu bermula Mac lepas, kata seorang pembeli yang telah menempah beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun nanti.

“Saya berpendapat kerajaan India akan membenarkan perkara tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja, terutama bila anda mahu membina inventori,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun, kata seorang lagi pembeli di India.

India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas.

“Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India,” kata Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai.

Sumber: Astro Awani


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!