Hasrat Mahu Buka Kedai Urut Tak Lulus, Individu Cuba Burukkan Terengganu


BESUT – Pihak polis telah menafikan dakwaan bahawa terdapat penganjuran pesta tarian separuh bugil di sebuah chalet di Pulau Perhentian di Terebgganu seperti yang telah tular di media sosial sejak minggu lepas. Sebenarnya ada invidivu cuba burukkan Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata beberapa video berdurasi kira-kira 30 saat, yang memaparkan aksi tarian separuh bugil tersebut, merupakan video lama yang telah dirakam pada tahun 2017.

Pulau Perhentian
Biru air laut di Pulau Perhentian

“Video tersebut telah dimuat naik seorang wanita yang dikenali sebagai Ana Simon yang berumur awal 30-an, melalui akaun Facebook palsu bernama Nur Amanina Abdul Razak (Terengganu)” kata Mohd Zamri.

Katanya lagi, siasatan polis mendapati, wanita berkenaan memuat naik semula video tersebut bertujuan memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri Terengganu, kerana permohonan beliau untuk membuka kedai urut di pulau peranginan itu (Pulau Perhentian), tidak mendapat kelulusan PBT.

Hantaran di facebook yang cuba burukkan Terengganu oleh seorang individu

Mohd Zamri memberitahu ketika sidang media di Majlis Daerah Besut, Jertih, yang turut dihadiri oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Zahari Sulong dan Yang Dipertua MDB, Ahmad Azizi Zulkifli.


Mohd Zamri berkata, MDB tidak pernah menerima laporan dan aduan berhubung aktiviti penganjuran pesta arark dan tarian separuh bugil dianjurkan mana-mana pihak di Pulau Perhentian sepanjang 2018 hingga 2019.

“Operasi bersepadu membabitkan polis, MDB, Pejabat Agama Besut dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa dilakukan untuk membanteras kegiatan meminum minuman keras dan kegiatan tidak bermoral di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata lagi pihak polis juga telah mengenal pasti individu dalam video tersebut, iaitu seorang pondan yang bersama beberapa individu lain, kelihatan dalam keadaan separuh bugil dan marbuk, selain berdiri di atas sebuah tong lalu menari.

Rupa-rupanyanya seseorang yang kecewa telah dengan sengaja menabur fitnah dan ramai yang mengecam PBT dan Kerajaan Terengaanu disebabkan fitnahnya. Semoga orang tersebut mendapat pengajaran dan hukuman sewajarnya.

Baca Juga – Budak Minum Minuman Keras Tular Berlaku Di Johor

Sumber: Sinar Harian dan facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!