Inisiatif Moratorium 6 Bulan – Apakah Kesan Baik dan Buruknya?

moratorium

Berita tentang inisiatif moratorium 6 bulan adalah berita gembira untuk semua terutama mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka yang tidak mendapat gaji atau mereka yang bekerja sendiri yang tidak ada pendapatan akibat tidak boleh bekerja.

Jadi pengumuman kerajaan dan kerjasama bank-bank dalam melaksanakan inisiatif tersebut disambut baik oleh semua lapisan termasuk yang bergaji tinggi mungkin. Bukan apa, tabiat kita bila ada peluang biasanya kita akan menangguhkan bayaran.

grafik
Info Grafik. Sumber – Unknown via Firdaus Pay

Inisiatif Moratorium 6 Bulan – Apakah Kesannya?

Sebelum anda berbuat demikian terutama yang mempunyai pendapatan yang mencukupi, pastikan anda bertanyakan dengan pihak bank yang buat pinjaman. Tujuannya supaya anda tidak menyesal kemudian nanti. Kenapa perlu menyesal? Di sini kami kongsikan penerangan yang sangat bermanfaat dari saudara Firdaus Pay berkenaan dengan Moratorium tersebut.

APA KATA BELIAU?

Semalam Pay ada kongsikan tentang isu non-compounded interest. Ini bermaksud, tidak akan ada interest compound yang akan dikenakan ke atas interest outstanding.


“Not compounding means there will be no interest in outstanding interest but the interest during the 6 months period would still be calculated (accrued) which results an increased/adjusted amount of monthly installment.

Ramai silap faham, diorang ingat interest non-compounded tu maksudnya tak ada kena interest sepanjang moratorium. Silap tu. Tapi Pay nak highlight isu yang lebih besar.

APA ISU ITU?

Apa akan terjadi ke atas bayaran pinjaman (installment) selepas moratorium 6 bulan ni?

Pay dah buat kajian ke atas FAQs untuk 4 Bank di Malaysia. Penemuannya agak mengejutkan! (Tak sempat nak buat kajian untuk semua Bank terlibat)

Senario 1 – Tempoh Pinjaman Dilanjutkan, Installment Sama

Untuk Bank A dan Bank B, tempoh pinjaman dilanjutkan, jadi installment masih sama selepas 6 bulan moratorium.

Dalam kes ini, mungkin ada sedikit adjustment ke atas installment untuk accrued interest sepanjang moratorium 6 bulan tersebut.

Senario 2 – Tempoh Tak Dilanjutkan, Bulan Terakhir Serap Semua Dalam Installment

Untuk Bank C, tempoh pinjaman tidak dilanjutkan, installment masih sama selepas 6 bulan moratorium. Namun, amount installment sepanjang moratorium 6 bulan akan diserap ke atas installment terakhir pinjaman bank.

Dalam kes ini, installment pinjaman bank pada bulan terakhir pinjaman akan naik mendadak dan akan jadi bayaran installment paling tinggi.

Senario 3 – Tempoh Pinjaman Tak Dilanjutkan, Installment Naik Selepas Moratorium

Untuk Bank D, tempoh pinjaman tidak dilanjutkan. Installment terus akan dinaikkan mengikut amoun installment dan interest yang tak dibayar semasa tempoh moratorium. Ini akan berlaku selepas sahaja tempoh 6 bulan moratorium tamat.

Dalam kes ini, installment pinjaman bank korang akan naik selepas sahaja tempoh moratorium 6 bulan tamat.

NASIHAT PAY

Oleh itu, kengkawan haruslah buat keputusan yang bijak sebelum bergembira dengan berita moratorium ini.

Kawan Pay ada berkata, “Inisiatif moratorium yang diberi ini mungkin membantu meringankan beban kesan Covid-19 kepada yang terkesan secara langsung atau tidak langsung.

Dan mungkin juga ia tidak perlu digunakan bagi mereka yang berkemampuan dan sumber pendapatan tidak terjejas. Golongan ini mungkin tidak memerlukan bantuan moratorium 6 bulan ini.”

Situasi hidup dan keadaan kewangan setiap individu tidak sama. Oleh sebab itu, buatlah penilaian dan keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Ukur baju di badan sendiri. Semoga urusan rakan-rakan Pay semua dipermudahkan.

Maaf Pay tidak dapat jawab semua persoalan teknikal seperti contoh pengiraan installment selepas 6 bulan moratorium. Maaf Pay tak dapat buat untuk hampir 12,000 friends dan followers kat Facebook.

Dibawah ini disertakan Appendix gambar FAQs 4 Bank untuk rujukan anda

moratorium of payment

makna moratorium

BAN C

BAN D

Sila rujuk cawangan bank atau boleh call pusat Customer Service bank anda untuk maklumat yang lebih tepat dan terperinci. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

Sila kongsikan supaya lebih ramai pengguna tahu dan peka tentang kesan samada baik atau buruk moratorium ini. Semoga kita semua bertindak mengikut kemampuan kita.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!