Isu Arak Tanpa Alkohol, Siti Kasim Pula Ajar Mujahid

siti kassim sindir mujahid isu arak tanpa alkohol

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Mujahid Yusof Rawa menggesa agar pengeluar minuman keras tidak mengelirukan umat islam dengan mengeluarkan produk arak tanpa alkohol. Hari ini peguam, Siti Kasim pula ajar Mujahid dengan menempelak beliau agar tidak mengelirukan umat islam mengenai isu tersebut.

Utusan melaporkan Siti Kasim telah meminta Dr. Mujahid agar tidak menghina umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan isu arak tanpa alkohol itu.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan Mujahid berkaitan isu tersebut menyebabkan umat Islam kini keliru dengan apa yang haram dan apa yang halal.

Baca Juga – Perbezaan Arak dan Alkohol Serta Hukumnya

Kata Siti Kasim:


“Wahai Mujahid Rawa, tolong jangan hina umat Islam seolah-olah kita mudah dikelirukan. Mungkin mereka yang telah diajar tidak menggunakan akal akan keliru.

“Oleh itu, jangan cuba keluarkan peraturan apa yang kami boleh atau tidak boleh minum. Jelas sekali sekarang anda membingungkan orang lain mengenai apa yang benar-benar haram dan apa yang tidak!” kata Siti Kasim dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Berhubungan dengan isu arak tanpa alkohol, semalam akhbar melaporkan Mujahid meminta syarikat pengeluar minuman keras supaya tidak sesekali mengelirukan umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman dan arak seperti yang dinyatakan itu.

Menurut beliau tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan produk sedemikian mengelirukan umat Islam dan itu adalah satu tindakan tidak baik.

Ini kerana penggunaan terma arak tanpa alkohol amat mengelirukan, lebih-lebih lagi proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka menghasilkan arak.

Siti Kasim dalam hantaran yang sama berkata, beliau difahamkan bir tanpa alkohol telah dijual di Mekah sejak tahun 1980-an.

“Saya difahamkan malah di Mekah pun sejak tahun 80-an mereka menjual bir tanpa alkohol ini.

“Jadi, apakah masalah anda? Tolong berhenti beritahu kami cara untuk menjalani kehidupan, boleh?” kata Siti Kasim

Baca Juga – Arak Tanpa Alkohol, Jangan Kelirukan Pengguna – Mujahid

Sama-sama kita lihat, kita umat islam mahu mendengar Menteri Agama atau Siti Kasim. Tepuk dada tanya iman.

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat. Lawati facebook dan laman web kami di Anak Bapak.

Sumber: Utusan online



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!