Jumlah tetamu yang dibenarkan berkunjung ke sesebuah rumah bagi menghadiri Jamuan sempena Hariraya Aidiladha tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu masa.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan turut menyemak semula SOP sambutan Hariraya Aidiladha dengan menghadkan jumlah haiwan dan orang yang hadir di tempat korbαn.
Aidiladha Tahun Ini Berbeza Dengan Sebelumnya
Mereka yang masih dalam proses kuarantin di rumah, adalah dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah atau pulang ke kampung halaman.
Selain itu, mereka dilarang untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan tidak boleh menerima tetamu di rumah mereka.
“Jika individu yang memakai gelang tangan kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, semalam.
Arahan Untuk Ibadah Korbαn
- Jumlah haiwan yang dibuat korbαn tidak boleh melebihi 10 ekor bagi masjid dan surau termasuk di tempat korbαn yang dibenarkan pejabat agama daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Jumlah itu tertakluk kepada keluasan lokasi korbαn. Jika luas kawasan itu boleh memuatkan sehingga 10 ekor, maka boleh sampai 10 ekor. Jika enam ekor, maka enam saja.
- Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korbαn mengikut nisbah 20 orang untuk setiap haiwan.
- Jamuan makan di tapak korbαn tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, ibadah korbαn di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari, termasuk hari pertama Aidiladha iaitu selepas solat sunat Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.
“Bagaimanapun, mengambil kira sambutan Aidiladha yang jatuh pada Jumaat, ibadah korbαn digalakkan untuk dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat,” katanya.
Katanya lagi, walaupun ibadah korbαn dibenarkan dilakukan di masjid dan surau serta tempat yang dibenarkan, namun kerajaan menggalakkan supaya ibadah korbαn dilakukan di 28 rumah penyem belihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyem belihan ruminan swasta yang dilesenkan.
Menurut Berita Harian, semua SOP berkenaan terpakai di Wilayah Persekutuan dan boleh diguna pakai oleh Majlis Agama Negeri-Negeri sebagai rujukan.
“Bagi memantau penyembelihan, kenduri atau jamuan, pihak polis akan berada di lapangan, tempat penyem belihan dan sebagainya. Mereka akan memantau dengan ketat seperti yang dilaksanakan semasa Aidilfitri,” katanya.
Baca: Hospital Sesak, Pesakit Yang Tiada Harapan Diminta Pulang