Jangan Takut Kahwin Muda, Rezeki Allah Tetap Ada Setelah Berkahwin

kahwin muda

Kahwin muda sangat sinonim dengan masyarakat dulu-dulu. Ibu bapak kita, tok nenek kita memang kahwin awal. Buktinya adalah daripada jumlah keluarga mereka dan usia anak-anak. Mereka juga hidup bahagia hingga akhir hayat. Tiada istilah nak bagi makan apa anak orang. itu cerita dulu.

Zaman sekarang sudah berubah. Berubah segalanya termasuk gaya hidup, kos sara hidup dan sebagainya. Jarang kita lihat ada pasangan yang berkahwin di usia muda seawal 20 tahun atau kurang daripada itu. Namun tidak dinafikan memang ada.

Kami ingin berkongsi kisah perkahwinan di usia muda sepertimana perkongsian menerusi satu hantaran facebook Kau Jodohku. Menerusi hantaran itu, penulis atau admin menyiarkan satu kisah perkahwinan di usia muda. Teruskan Membaca Kisah Ini

kahwin muda
Foto: Kau Jodohku

Jangan Takut Kahwin Muda

Usia saya 21 tahun dan telahpun berkahwin. Jadi usia saya dikira masih muda bukan? Manakala suami saya pula berusia 23 tahun. Juga masih dikira masih muda diusia begini. Kami berdua pula masih lagi belajar.

Kenapa kami berkahwin? Walhal jika diikutkan kata sesetengah ibu bapa Nak Bagi Anak Orang Makan Apa? Kamu nak bagi makan pasir? Namun hakikatnya kami telah melangsungkan perkahiwinan.


Perjalanan hidup saya di alam bercinta tidaklah mudah. Sebelum saya berkahwin, saya pernah telah dikecewakan oleh orang yang saya sayang. Dia minta daripada saya tempoh masa 3 tahun dari tarikh kami bersetuju dan bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun itu juga saya ditinggalkan disebabkan perempuan lain. Saya sangat kecewa. Jujur saya katakan saya hampir tamatkan riwayat hidup saya. Tekanan hidup yang saya alami sangat teruk sehingga tidak mahu berhubung dengan dunia luar.

kahwin di usia muda
Gambar Hiasan – Biasanya pengalaman lalu mengajar kita supaya lebih berhati-hati

Saya hanya sedar dari lamunan selepas kehadiran suami saya sekarang yang menunggu peluang selama 4 tahun. Pada mulanya saya fikir ia hanya sekadar main-main. Namun selepas 2 bulan kami berkenalan dan bercinta, di melamar saya untuk berkahwin walau pada mulanya saya sangkakan itu hanya satu gurauan.

Namun dia beranikan diri menghubungi orang tua saya dan meminta izin untuk berkahwin kerana takut akan kehilangan saya lagi. Untuk pengetahuan anda, Ayah saya dahulu juga berkahwin ketika masih belajar. Ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Berbalik kepada suami saya pula, dia pelajar perubatan tahun 3 manakala saya cuma tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk mengakhiri pengajian.

Disebabkan saya kecewa sebelum ini, Ayah terus bersetuju. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mas kahwin RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kamipun dinikahkan. Simple bukan? Kenapa perlu pening-pening?
Jika anda lelaki, sudah tentu anda akan memberikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, jika anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran kurang-kurang RM10 ribu dan ke atas).

pengantin
Gambar Hiasan

Perlu atau tidak? Maaf buat kaum wanita jika anada kalau terasa. Tapi saya tidak perlukan hantaran sebanyak RM10 ke 20 ribu. Cuma saya tidak mahu meletakkan harga atau nilai diri sendiri dan cinta saya. Ini masalahnya jika kita berkahwin cara Melayu tetapi bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, mempunyai tulang 4 kerat dan saya yakin boleh berusaha. Kenapa saya perlu mengharap dengan lelaki? Sebenarnya suami bukan untuk dibebani namun untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba lengkap.

Selain majlis perkahwinan, hantaran, belum baju dan pelamin lagi. Cuba kita fikir, perlu atau tidak? Bagi saya mudah, baju raya dan kasut masih ada dan cantik lagi. Majlis pula kenapa perlu buat di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau terasa katering terlalu mahal boleh saja upah orang masak, kita hanya sediakan bahan dan peralatan. Bersanding juga tidak perlu, lagipun buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. Segan la nanti ada yang kata buat malu belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat hantaran. Sebenarnya ini adalah mentaliti Barat.

Kita yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas berkahwin yang penting. Lebih baik duit untuk sewa pelamin dijadikan duit persiapan untuk anak pertama. Pilih keutamaan untuk penggunaan duit anda. Kos bersalin juga bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Jika hospital swasta, minimum RM2000.

pasangan bahagia
Gambar hiasan: Biar sederhana asalkan bahagia

Kos apabila sudah mempunyai ada anak juga sangat tinggi sekarang. Pernah anda lihat harga satu tin susu bayi dan lampin pakai buang di pasaraya? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini belum lagi kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya sangat bahagia sekarang walaupun kahwin muda. Boleh keluar dengan suami tanpa ada rasa takut dan malu. Dan suami saya juga tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Semua perkara pasangan yang bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tidak guna bercinta terlalu lama. Segan-seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya juga mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami saya pula berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

anak dan ibu
Setiap orang mahukan kebahagiaan

Saya tahu ego lelaki akan tercabar namun saya jujur mencintai suami saya. Saya tidak mahu menjadi beban buatnya, cukup lah jika dia berasa senang dengan saya. Saya tidak perlukan nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Kepada pasangan-pasangan yang ada di luar sana, terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Baca Juga – Benarkah Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka

Itulah coretan penulis tentang kahwin muda namun Min ada edit sedikit bagi menyedapkan bunyi. Kawin muda juga akan membuatkan anda mempunyai anak yang telah besar dan berkeluarga dikala usia bersara anda kelak.

Apa komen anda? Sebenarnya ada positifnya apa yang dikatakan oleh penulis tersebut. Namun kepada mereka yang mampu, dan mahu membuat majlis tu, bagi Min dipersilakan.

Jangan lupa like dan share serta layari page kami @anakbapak

Sumber: Kau Jodohku


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!