Jaringan Terbaik Piala AFF 2018 – Jom Undi Syahmi Safari Di Sini

Anugerah Jaringan Terbaik Piala AFF 2018

Khidmat peminat bolasepak Malaysia diperlukan bagi membantu Syahmi Safari memenangi Anugerah Jaringan Terbaik Piala AFF 2018 bagi peringkat separuh akhir. Sebelum ini peminat bolasepak negara ini telah membantu Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Jaringan menarik yang dilakukan oleh Syahmi iaitu pemain pertahanan kanan berusia 20 tahun itu pada separuh akhir kedua ketika bertemu dengan skuad Gajah Perang (Thailand) pada selasa lalu telah dicalonkan bagi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.

Jaringan syahmi pada minit ke 28 dihasilkan menerusi beberapa siri hantaran antara pemain negara tanpa mampu disentuh oleh pemain-pemain Thailand dengan sejumlah 8 hantaran bermula dari penjaga gol Farizal Marlias sebelum syahmi melepaskan rembatan dari hujung kotak penalti sebelah kiri pintu gol Thailand sekaligus menewaskan Chatchai Budprom, penjaga gol Thailand.

NOTA: Untuk undi, sila klik pada pautan di akhir artikel ini

Selain jaringan Syahmi Safari, tiga lagi gol turut dicalonkan bagi anugerah yang sama. Gol-gol yang dicalonkan adalah jaringan ala kungfu yang dilakukan pemain Filipina, Patrick Reichelt ketika bertemu Vietnam di separuh akhir pertama dan tandukan Thithipan Puangchan yang terbias mengenai Irfan Zakaria pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala. Manakala satu lagi gol yang dicalonkan adalah jaringan pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai ketika separuh akhir kedua menentang Filipina.


Pada mata kasar kita sudah tentu tiada jaringan yang mampu menandingi gol yang dihasilkan oleh Syahmi Safari. Hanya gol jaringan Reichelt sahaja yang dianggap mampu menandingi gol yang dijaringkan oleh Syahmi manakala jaringan yang dilakukan dua pencabar lain adalah jaringan biasa.

Syahmi Safari 1
Photo: AFF Suzuki Sup

Setakat jam 1.30 tengahari sebanyak 474,058 undian sudah dilakukan dengan jaringan Syahmi mendahului kedudukan sebanyak 51.3 peratus selepas menerima 243,201 undian.

Jaringan Quang Hai berada di tempat kedua dengan 48.55 peratus menerusi 229,619 undian sementara Reichelt sebanyak 0.17 peratus dengan 810 undian dan Thithipan PuangChan sebanyak 0.09 peratus dengan 428 undian.

Undian dijangka bertambah dan jika kita lihat keputusan semasa, undian ke atas pemain vietnam sudah menghampiri undian ke atas Syahmi. Ayuh rakyat Malaysia sebarkan dan share sebanyak mungkin dan kita berikan sokongan kita dengan mengundi Syahmi Safari seterusnya melayakkan beliau memenangi anugerah tersebut.

Para penyokong Malaysia boleh melakukan undian di pautan di bawah ini bagi memilih jaringan yang terbaik:

KLIK DI SINI UNTUK UNDI SYAHMI SAFARI

Sumber: AFF Suzuki Cup


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!