Jemaah Haji Perlu Bayar Visa Mulai Tahun Ini – Mujahid

Jemaah Haji Perlu Bayar Visa

Jemaah haji perlu bayar visa sebanyak 3 ratus riyal iaitu bersamaan kira-kira RM326.00 dikenakan mulai musim haji tahun ini oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah haji bagi visa yang diberikan. Hal ini dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jemaah Haji Perlu Bayar Visa

Ia merupakan satu perkara baru yang diperkenalkan kepada semua jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari seluruh dunia.

“Visa adalah benda yang baru Arab Saudi perkenalkan dan kita tidak ada pilihan selain daripada terima saja keputusan yang  mereka buat (Kerajaan Arab Saudi).

semua jemaah haji perlu bayar visa
Mujahid ketika sidang media di KLIA sejurus tiba dari Arab Saudi

Mujahid memberitahu kepada sidang media sebaik sahaja tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) selepas mengadakan lawatan ke Arab Saudi selama 3 hari semalam bahawa bayaran sebanyak 2000.00 Riyal atau kira-kira RM2171.00 yang dikenakan kepada jemaah haji yang melakukan ibadah haji lebih dari sekali.

Mujahid berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada beliau ketika bertemu dan berbincang dengan Mohammad Saleh bin Taher Benten selaku Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung hal-hal yang berkaitan dengan persiapan dan pengurusan untuk jemaah haji dari negara ini bagi tahun 2020.


Dalam pertemuan itu, keduanya menandatangani satu perjanjian untuk mengatur ketibaan jemaah haji dari negara ini dan mengurus segala perkhidmatan yang bakal disediakan untuk para jemaah sepanjang mereka berada di Tanah Suci nanti.

Perjanjian itu disebut akan mengekalkan inisiatif ‘Road to Makkah’ iaitu fasiliti pra pelepasan di KLIA untuk memudahkan segala urusan jemaah haji untuk menunaikan haji nanti.

jemaah haji perlu bayar visa mulai tahun ini
Rukun Islam yang Ke 5 tetap akan ditunaikan walaupun jemaah haji perlu bayar visa.

“Antara sebab perkhidmatan ini patut kekal kerana bagi pihak Tabung Haji serta semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan keselamatan kita telah memberi kemudahan ‘at par’ yang sama ‘compatible’ dengan sistem yang telah ada di sana.

“Jadi mereka pilih Malaysia sebagai satu destinasi pra pelepasan yang sangat berkesan dan ianya menjadi contoh ikutan kepada negara lain,” katanya.

‘Road To Makkah’ merupakan satu sistem prapelepasan haji di mana jemaah haji akan diambil cap jari serta pasport mereka akan dicop di negara di mana jemaah berlepas dan ketibaan (kemasukkan) mereka ke Mekah akan lebih dipermudahkan sama seperti penerbangan domestik, manakala bagasi mereka pula akan terus dihantar ke hotel tempat mereka menginap.

Projek itu telah dikendalikan di malaysia sejak tahun 2017 sebelum inisiatif berkenaan telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2018 di beberapa buah negara terpilih. Ia merupakam sebahagian daripada Program Transformasi Nasional Kerajaan Arab Saudi (tahun 2020) bagi mencapai Wawasan 2030 mereka.

Baca Juga – Biodata 25 Nabi dan Rasul Pilihan

Kerajaan Arab Saudi juga dikatakan bersedia untuk meneruskan inisiatif bagi memudahkan urusan perjalanan pulang para jemaah haji ke negara masing-masing (projek perintis EYAB). Inisiatif ini akan disediakan di terminal khas di Lapangan Terbang Madinah dan Jeddah.

Kata Mujahid, ia merupakan satu lagi kejayaan (pencapaian) dalam rundingan dan membuktikan tahap kepercayaan Arab Saudi kepada Malaysia.

Malaysia adalah antara 3 negara yang dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2017 bagi melaksanakan projektersebut (perintis EYAB) yang merupakan inisiatif bagi memudahkan urusan perjalanan balik para jemaah haji ke negara mereka.

Ia merupakan kesinambungan Makkah Route yang akan dilaksana sepenuhnya pada semua penerbangan untuk membawa para jemaah haji dari Malaysia pada musim haji nanti.

Sebelum pulang ke Malaysia, Mujahid turut mengadakan perbincangan bersama Menteri Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi Sheikh Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh di Riyadh.

Satu memorandum persefahaman (MoU) bakal ditandatangani antara Malaysia dan Arab Saudi dalam masa terdekat. Ia melibatkan kepentingan kedua-dua negara dalam hal ehwal pentadbiran Islam.

“Kami turut berbincang panjang tentang isu global umat Islam yang melibatkan dua paksi yang sentiasa menghantui dunia hari ini iaitu ekstremisme dan Islamophobia.

“Saya juga mengambil peluang berkongsi dengan beliau (Sheikh Abdullatif) mengenai dasar baharu pentadbiran Islam yang telah laksanakan antaranya gagasan rahmah, maqasid syariah dan model Malaysia,” katanya.

Mujahid merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci (Raja Salman Abdulaziz Al Saud) dan Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed Salman) kerana telah melaksanakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para tetamu Allah tanpa syarat demi memenuhi tanggungjawab mereka. – Bernama via Sinar Harian

Walaupun jemaah haji perlu bayar visa, ianya tidak akan melemahkan semangat umat islam di negara ini bahkan seluruh dunia untuk memunaikan Rukun Islam ke 5 ini. Insya Allah.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!