Ada Sebab Allah Berikan Kita Jodoh Yang Salah

Jodoh Yang Salah

Ramai pasangan yang tidak bahagia selepas berkahwin. Ada yang berakhir dengan perceraian dan ada juga kekal hingga ke anak cucu walaupun rumahtangga berantakan. Bahkan mereka mendapat ramai anak berbanding dengan pasangan bahagia yang lain. Masing-masing akan sedar kelemahan pasangan selepas perkahwinan. Manisnya hanya semasa bercinta sahaja. Kenapa Allah berikan kita jodohkan jodoh yang salah?

Allah berikan kita jodoh yang salah kerana ada beberapa hikmah disebaliknya. Yang utama kita kena tahu bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah. Jadi ada pasangan yang redha dengan jodoh mereka dan ada juga yang terpaksa mengambil jalan untuk berpisah dengan alasan masing-masing.

jodoh milik Allah
Semua orang menanti saat-saat ini

Berikut adalah sebab-sebab kenapa Allah berikan kita jodohkan kita dengan pasangan yang salah:

1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik.

3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menempuh pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

jodoh
Allah menguji hambanya dalam berbagai cara

7. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Oleh itu, kita harus kita ingat, walaupun pasangan kita pergi meninggalkan kita, kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak kekal lama namun cinta yang kekal dan abadi hanyalah cinta kepada Allah SWT.

Rebut dan capailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. Kita wajib yakin dan percaya bahawa sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan kepadaNya.Hanya Allah yang tahu bila akan memenuhi permintaan kita.

KENAPA ALLAH BERIKAN KITA JODOH YANG SALAH

Redhalah dengan jodoh kita.

Sumber: Rahsia Rumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *