Kad UNHCR Tak Akan Ditarik Balik – UNHCR

kad UNHCR

KUALA LUMPUR: Kad UNHCR tidak akan ditarik walaupun pelarian tersebut terlibat dalam kes jenαyαh. Jurucakap UNHCR berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka memberi perlindungan kepada setiap pelarian. Mereka juga tidak akan dihantar pulang ke negara asal kerana tindakan itu membαhαyαkan nyαwα mereka.

Kad UNHCR Tak Akan Ditarik Balik

Menurut UNHCR lagi, mereka (pelarian) hanya akan hilang ‘keistimewaan’ sebagai pemegang kad pelarian jika terlibat dalam aktiviti penggαnαs.

“UNHCR akan memastikan mereka menjalani proses hukumαn berdasarkan undang-undang negara ini tetapi selagi seseorang yang berstatus pelarian, dia masih memerlukan perlindungan antarabangsa.

pemegang kad UNHCR

“Sudah tentu UNHCR akan memastikan semua pelarian dan pencari suαkα menghormati undang-undang negara di mana sahaja mereka meminta perlindungan,” tegas pihak UNHCR kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut mereka lagi, setiap individu yang meminta perlindungan, berhak menikmati suαkα dari negara lain seperti termaktub di bawah Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 disokong oleh Konvensyen Pelarian 1951.


Setiap pelarian akan ditemubual dan disiasat latar belakang mereka sebelum diberikan kad UNHCR berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sehingga kini, seramai 101,320 pelarian Rohingya berdaftar di bawah UNHCR. Setiap pelarian tidak berhak menuntut penempatan semula kerana keutamaan kepada mereka yang memerlukan perlindungan.

Penempatan semula bergantung kepada negara ketiga. Dari tahun 2008 hingga Jun lalu, seramai 88,500 pelarian telah dihantar ke negara ketiga. Utusan Malaysia mendedahkan kira-kira 86,155 pelarian Rohingya berada di negara ini. Ianya hampir menyamai bilangan penduduk Putrajaya.

Namun hanya 317 orang yang diberikan penempatan di negara ketiga dalam tempoh enam bulan tahun ini sedangkan Malaysia cuma penempatan sementara.

Baca: Malaysia Minta UNHCR Henti Keluarkan Kad Pelarian Sesuka Hati – Shahidan

Min pun tak faham apa yang istimewanya pelarian-pelarian di mata UNHCR hinggakan mereka begitu dijaga walaupun terlibat jenαyαh?


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!