Kaedah Ajar Anak Hafaz Al-Quran Seawal Usia Setahun Yang Sangat Berkesan

Kaedah Ajar Anak Hafaz Al-Quran

Selain daripada IQ dan EQ yang sangat baik, anak yang sering kali diperdengarkan bacaan al-Quran sejak kecil berpotensi untuk celik al-Quran dengan mudah. Terdapat kaedah ajar anak hafaz al-Quran seawal usia setahun. Amalan ini jika dibuat secara berterusan sangat elok dan berkesan.

Jadikan amalan ini sebagai rutin dalam diri anak-anak sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Sulaiman. Beliau mengamalkan kaedah ini kepada dua anaknya sehingga mereka mampu menghafaz al-Quran dengan baik. Kaedah atau amalan ini boleh dilakukan oleh semua ibu bapa terhadap anak masing-masing.

Beliau berkongsikan ilmu bagaimana beliau mengajar anaknya menghafaz al-Quran sejak dari bayi lagi menggunakan kaedah ajar anak hafaz al-Quran ini. Ilmu ini sangat MAHAL dan biasanya beliau hanya berkongsi ketika mengikuti seminar-seminar saja.

Beliau telah kongsikan untuk tatapan semua pembaca supaya setiap ibu ayah dapat melahirkan anak yang CINTA al-Quran.

anak hafaz quran
Setiap orang mahukan anak mereka menjadi seorang yang cintakan Al-Quran

Beliau berpendapat kita tidaklah perlu menjadi seorang Hafizah atau Hafiz Al-Quran barulah difikirkan layak untuk mengajar anak menghafaz al-Quran.


Berpandukan kepada latar belakang dirinya sendiri dari bidang Audiologi dan suaminya dari bidang medical, mereka mampu mendidik kedua anak mereka sebagai hafaz al-Quran dari kecil (dengan Izin Allah). Bagi mereka yang penting ialah MENGETAHUI kaedah yang betul.

KAEDAH AJAR ANAK HAFAZ AL-QURAN SEAWAL USIA SETAHUN

Inilah pendekatan atau kaedah ajar anak hafaz al-Quran yang dilakukan oleh mereka untuk mengajar anak menghafaz al-Quran:

1. MULA SEAWAL YANG MUNGKIN

mengajar anak hafal al quran
Perdengarkan bacaan Al-Quran kepada anak sejak kecil

Mengajar anak menghafaz sebaiknya bermula seawal yang mungkin dari anak masih bayi lagi. Setiap kali menyusukan anak, pastikan diri sendiri mengalunkan surah-surah pendek yang anda hafaz. Walau sekadar membaca surah-surah lazim seperti al Fatihah, 3 Qul dan surah pendek lain dari Juz Amma.

Beliau lebih gemar gunakan suara sendiri memandangkan sepanjang 9 bulan anaknya berada di alam rahim, dia sudah ‘kenal’ dengan suara ibunya. Anak yang baru lahir paling selesa dengan suara ibunya.

2. KETIKA ANAK BERUSIA 1 TAHUN 6 BULAN

Pada usia anaknya menjangkau 1 tahun 6 bulan, beliau mula mengajar anaknya menyebut satu persatu ayat-ayat al Quran. Kenapa pada usia 1 tahun 6 bulan (18 bulan)?

Katanya beliau melihat kepada carta perkembangan bahasa, purata bayi normal yang berumur 18 ke 24 bulan boleh menghasilkan 2-3 suku kata perkataan.

Menghafaz Al_Quran
Usaha yang berterusan menjadikan anak anda mampu menghafaz Al-Quran

Contoh 2 suku kata ialah:

/a-ba / / a-ma / /a-tok/

Jadi apa yangbeliau buat dirumah ialah pecahkan sebutan ayat-ayat dalam surah kepada 2-3 suku kata, dan beliau melihatnya boleh mengikuti walaupun pelat pada awalnya. Setiap kali beliau baca, sila beri peluang anak ulang semula apa yang dia dengar.

Tipsnya ialah pastikan anak MESTI nampak pergerakan mulut kita supaya dia boleh tiru sebutan ayat al-Quran. Contohnya adalah perkataan Basmallah. Pecahkan kepada 2-3 suku kata:

Bismil-lah / hir-rah-mah/ nir-ra-him/

cara ajar anak hafaz al quran
Jika sudah mahir, mereka akan mudah membaca Al-Quran

KESILAPAN BESAR yang biasa kita buat ialah bila kita bacakan ayat penuh kepada anak (tanpa pecahkan kepada suku kata). Maka apa yang berlaku ialah anak tidak dapat ikut sebutan kita kerana anak hanya mampu hasilkan 2 suku kata saja pada umur ini.

Menggunakan kaedah ini dengan Izin Allah anak beliau mampu hafaz dengan lancar al Fatihah, 3 Qul ,Al Kafirun, Al Bayyinah, Al Masad dan surah dalam Juz Amma.

3. KERAP PERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN

Apabila anak berusia 2 tahun beliau kerap pasangkan (mainkan) murattal al-Quran. Muat turun sahaja aplikasi Juz Amma Mishary Alafasy MP3 di telefon bimbit. Kualiti bacaannya sangat bagus. Dicadangkan kepada yang baru hendak bermula mengajar anak hafaz untuk download apps ini.

cara mengajar anak hafaz al-quran
Muat turun aplikasi yang berkaitan dan biarkan si kecil mendengarnya

Pastikan kita perdengarkan anak dengan bacaan dari Qari yang sama, kerana anak menghafaz dengan intonasi dan lengguk Qari yang mereka kerap dengar, maka jika kita kerap tukar Qari akan menganggu daya ingatan anak pada surah yang sedang mereka hafaz.

Baca – Jangan Anggap Beban Berbakti Kepada Ibu Bapa

4) PASTIKAN SELALU SEMAK BACAAN ANAK

Ingatan anak kecil ni ibarat “sponge”. Mereka sangat mudah ingat apa yang mereka kerap dengar.

Tetapi mereka juga sangat cepat lupa kerana anak yang menghafaz melalui kaedah Audio ini selalunya simpan maklumat di Short Term memory.

Short term memory ini sifatnya mudah ingat tapi cepat hilang. Maka untuk kita kekalkan hafazan mereka, penting untuk kita selalu semak semula hafazan anak.

cara ajar baca quran
Pastikan anda sentiasa semak bacaan anak anda

Melalui pengalaman beliau sendiri ketika mengajar anaknya menghafaz, jika tertinggal untuk semak bacaan anak dalam masa 2 minggu, didapati banyak ayat yang anak telah lupa atau tertukar dengan surah lain.

Jangan risau atau lemah semangat bila anak lupa apa yang mereka hafaz, anggaplah ianya peringatan dari Allah untuk kita lebih dekat dengan al-Quran. Ini salah satu tanda kasih sayang Allah pada kita, melalui anak-anak kita sendiri.

Kaedah ajar anak hafaz al-Quran yang beliau amalkan ini telah membuahkan hasil. Beliau bersyukur kepada Allah kerana pada usia anaknya 4 tahun, kini dia sudah menghafaz Surah Toha bersama dengan abangnya dan juga surah Al Kahfi.

Semoga perkongsian kaedah ajar anak hafaz al-Quran ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi memudahkan pembaca yang ingin mengajar anak sendiri hafaz al-Quran di rumah.

Semoga artikel keadah ajar anak hafaz al-Quran ini sangat bermanfaat. Sila Kongsi dan Like. Terima kasih.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!