Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Treler Beriya-iya Mahu Ikut Ayah Bekerja

mangsa kemalangan treler

Dua kanak-kanak lelaki Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, yang maut selepas Lori Treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng, kelmarin tidak pernah ikut ayah mereka bekerja sebelum ini.

Beriya-iya Mahu Ikut Ayah

Berbeza pada hari kejadian di mana selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Kampar, kedua-dua kanak-kanak tersebut beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu.

Nenek kepada kanak-kanak tersebut, Normah Khalid, 66, berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin,31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan yang berasingan.

Shamshira bersama tiga anaknya termasuk Adeeb Hud yang berumur dua tahun menaiki satu kereta kerana Hafize Nizam mahu terus mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan nanti.

“Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” kata Normah kepada pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar semalam.


isteri mangsa
Shamshira bersama anak bongsunya

Normah berkata mereka sekeluarga mengetahui tentang kejadian tersebut selepas menerima panggilan daripada rakan menantunya kira-kira jam 10.30 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.

Normah berkata si bongsu ada bertanya di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.

“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa Shamshira enggan ditemu bual ketika ditemui pemberita kerana terlalu sedih dan berada dalam keadaan tidak bermaya.

Difahamkan, kesemua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan. Sumber – Bernama

Baca Juga – Empat Sahabat Karib Ditemui Tidak Sedarkan Diri


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!