Detik cemas kanak-Kanak nyaris diculik – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak perempuannya secara tiba-tiba ditarik oleh seorang lelaki di sebuah restoran. Dikatakan kejadian berlaku di sebuah restoren di Afrika Selatan.
Seorang Kanak-Kanak Nyaris Diculik Depan Ibunya
Dalam video yang tular itu kelihatan seorang lelaki tiba-tiba muncul dari sebalik pagar restoran dan cuba melarikan kanak-kanak terbabit yang ketika itu sedang duduk bersama ibunya.
Namun seorang lelaki yang ada berdekatan tanpa berlengah terus membantu. Terjadi pergelutan antara suspek dengan ibu mаngsa serta lelaki tersebut. Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana berjaya diselamatkan manakala suspek telah ditаhan oleh orang awam.
Menurut The South African, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis, 10 September yang lalu di Florida, Johannesburg.
Memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan, Kapten Kay Makhubela, laporan telah dibuat pada 5 petang hari kejadian.
“Dikatakan bahawa pada 10 September sekitar 5 petang, pengadu berada di sebuah restoran pizza bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika seorang lelaki tidak dikenali datang dan menarik anaknya seolah-olah ingin mengambil kanak-kanak tersebut,” kata Makhubela.
“Ibu dan anaknya menjɛrit dan dengan bantuan pemilik kedai serta penduduk setempat, suspɛk berjaya ditahan,” katanya.
Suspek merupakan lelaki yang berusia 24 tahun dilaporkan telah dihadapkan ke mahkamah pada pagi 11 September (Jumaat).
Baca – Kanak-Kanak Berusia 47 Hari Makan Lantai, Dinding dan Pintu
Sumber: Malay Viral
Ketika ibu bapa diluar sana, jangan lalai ketika bersama anak anda di mana sahaja kerana bahaya itu datangnya tidak disangka-sangka. Sayangilah anak kita. Anak Bapak