Kapal Milik APMM Terbakar Hampir 50% Ketika Disenggara

Kapal Milik APMM Terbakar

Sebuah kapal milik APMM terbakar. Kapal ‘KM Jujur’ itu terbakar ketika sedang diselenggara di Tok Bali, Kelantan. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 12 tengah hari semalam.

kapal Milik APMM Terbakar  Hampir 50%

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari itu seramai 18 anggota dari Balai Pasir Puteh dan Tok Bali telah dikerah ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat.

“Kebakaran ini melibatkan bahagian enjin kapal sahaja.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kejadian ini sangat malang kerana negara kita sangat memerlukan aset-aset seperti ini bagi menjaga kedaulatan perairan negara.


Sememangnya negara kita masih kekurangan aset untuk meronda dan menguatkuasakan undang-undang di perairan.

Namun kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa, sama ada dikalangan warga APMM atau pekerja di limbungan kapal itu tersebut.

Baca – APMM Tahan 11 PATI Dalam 3 Bot Nelayan Tempatan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!