Untuk Renungan Bersama – Duit Kutipan Derma Masjid, Adakah Peruntukkan Untuk Ahli Kariah Yang Susah?

urusan masjid

Ini adalah satu catatan atau rentetan seorang hamba Allah berkaitan dengan duit kutipan derma masjid dan kesusahan yang di alami oleh sebahagian masyarakat kita. Demi sesuap makanan untuk anak, ada yang mendorong seorang ayah mencuri. Walaupun mencuri itu salah, namun dalam keadaan terdesak apa saja boleh berlaku.

Mungkin jalan terakhir, mereka akan mencuri demi anak. Catatan ini tidak bermakna admin sokong pencuri. Tetapi tertarik dengan catatan hamba allah tersebut. Pendek kata masjid hendaklah memperluaskan fungsinya. Jom kita baca catatan beliau.

Betul kata orang, AQIDAH Memang tidak boleh dijual beli namun ianya sangat mudah tergadai tanpa kita sedar.

curi duit masjid untuk beli susu anak
gambar hiasan.

Masjid memang banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam-macam note.


Aku belek buku. Lima ruang untuk diisi. Tarikh, Nama, nombor telefon, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM50 utk beli susu anak.

Aku call nombor yangg dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh pergi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pergi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dengan dia.”

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

“Entahlah. Tapi walaupun tiada orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja.”

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?

“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan”

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap!

Renungkan:

1) Kutipan setiap jumaat yang tercatat ratusan hingga ribuan RM. (Admin mencelah sikit, memang ribu-ribu admin pernah tengok catatan di papan kenyataan).
2) Ke mana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli qariah?
3) Tidak cukup hanya bendahari, siapa audit yang bertauliah untuk kewangan masjid?
4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yang mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dan lain-lain?? Memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tapi data itu terlalu umum, sepatutnya masjid yang punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn semoga dengan dok adanya masjid-masjid yang aktif dalam menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid yang ada layanannya mesranya cukup lumayan.

Sekadar renungan yang baik jadikn tauladan yang buruk jadikan sempadan.

Admin bersetuju juga dengan catatan beliau. Jangan seronok mengira jumlah kutipan tetapi ahli kariah masjid ramai yang susah. Gunakan duit itu sebaik mungkin. Mungkin juga di akhirat kelak Allah akan tanya, apa kamu buat sepanjang di amanahkan menjadi AJK Masjid?

Selesai baca jangan kecam AJK dan Masjid. Berikan pendapat dan padangan yang mampu memartabatkan peranan masjid selain dijadikan sebagai tempat beribadah. Wallahu A’lam.

Artikel Lain: Kaitan Perubahan Warna Alam dengan Waktu Solat

Sumber: facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!