10 Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur

Kegunaan Listerine Selain Berkumur

Kegunaan Listerine yang kita tahu adalah ubat kumur untuk membersihkan gigi dan membasmi kuman di dalam mulut. Sebab itu, jika kita pergi memeriksa gigi, atau membuat rawatan disebabkan sakit gigi atau gusi, Listerine atau yang setaraf dengannya akan diberikan kepada anda oleh doktor. Selain itu ia juga digunakan agar mulut sentiasa berbau wangi.

manfaat listerine untuk mulut
Semua orang tahu kegunaan listerine adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga mempunyai fungsi untuk kegunaan lain. Hal ini kita tidak pernah tahu. Sebenarnya ada 10 cara lain bagi kegunaan Listerine yang boleh anda amalkan.

10 KEGUNAAN LISTERINE SELAIN BERKUMUR

1. MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Tuangkan sedikit Listerine pada kapas atau kain putih dan sental pada ketiak anda. Listerine akan menghilangkan bau tengik pada ketiak dan akan memberikan bau yang lebih segar.

kegunaan listerine untuk ketiak
Mampu menghilangkan bau ketiak dan merawat kegatalan kerana gigitan serangga

2. MENGHILANGKAN KEGATALAN AKIBAT GIGITAN SERANGGA

Sapukan sedikit Listerine pada tempat yang terkena gigitan serangga samada nyamuk, agas atau semut. Ia membantu mengurangkan rasa gatal dan mengelakkan kesan gigitan tadi menjadi lebam.

3. MEMBANTU MENGHILANGKAN KELUMUMUR

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukupnya. Urut dan usap Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginan. Selepas itu balut kepala anda dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas 20 minit bilas dan keringkan rambut anda. Cara ini lebih jimat berbanding dengan kunjungan anda ke salon.

manfaat listerine untuk wajah
Menghilangkan kelemumur dan merawat muka yang berjerawat

4. MERAWAT MUKA YANG BERJERAWAT

Sekiranya jerawat di muka anda masih tidak hilang walaupun anda beli berbagai jenis pencuci muka, anda boleh mencuba dengan Listerine. Setiap pagi dan malam sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka. Jerawat-jerawat degil pada muka anda akan mula mengecut dan akhirnya hilang.

5. MEMBASMI KUMAN DALAM MANGKUK TANDAS

Listerine bukan sahaja mampu membasmi kuman di dalam mulut bahkan mampu bertindak membasmi kuman di dalam mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan gosokkan mangkuk tandas dengan berus. Kuman akan mati dan mangkuk tandas akan berbau wangi.

kelebihan menggunakan listerine
Membasmi kuman di tandas dan membunuh kutu pada bulu haiwan

6. MEMBASMI KUTU PADA BULU HAIWAN PELIHARAAN

Kebiasaanya binatang peliharaan mengalami masalah kutu yang hinggap pada bulu. Jika haiwan peliharaan anda dihinggapi kutu, campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu haiwan tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan haiwan anda.

7. MENGHAPUSKAN KUMAN PADA BERUS GIGI

Semua orang menggunakan berus gigi. Tujuannnya untuk membersihkan gigi. Namun tidak semua yang membersihkan berus gigi dengan betul sehingga kuman juga dibasmi. Listerine jawapannya. Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi anda selama 2 hingga 3 jam bagi mematikan kuman.

macam macam listerine dan manfaatnya
Membunuh kuman pada berus gigi serta membersihkan skrin tv dan sebagainya

8. MEMBERSIHKAN SKRIN TV DAN LAIN LAIN

Semburkan sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke skrin TV atau monitor komputer anda. Dengan sekelip mata segala kotoran dan habuk akan hilang dan nampak seperti baru. Yang penting bersih dan jika ada kuman, ia turut mati.

9. MENGHILANGKAN BAU BUSUK TONG SAMPAH

Jika anda tidak sempat untuk membersihkan tong sampah di rumah anda dan ternyata ianya berbau busuk, dapatkan kain dan rendam dengan sedikit Listerine. Tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain yang direndam tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

manfaat listerine
Menghilangkan bau tong sampah dan merawat masalah pada kaki

10. MEMULIHKAN MASALAH KAKI

Tuangkan Listerine ke dalam bekas yang mengandungi campuran sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki anda selama 30 minit ke dalam bekas tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki anda berbau busuk dan sering gatal-gatal akan hilang. Kulit kaki anda juga akan lebih cantik dan sihat.

Semoga memberi manfaat kepada anda.  Jika anda merasakan ianya memberi faedah, sila SHARE kepada kawan-kawan dan sanak saudara.

Sumber: Utusan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *