Kelebihan Sabar Sebaliknya Pasti Ada Bahagia

sabar

Bila kamu diuji, teguhkanlah hatimu dan bersangka baik, jangan biarkan ada perasaan duka di celah hatimu, dan tetaplah bersabar kerana semakin kamu banyakkan sabarmu maka Allah semakin mempersiapkan bahagia yang lebih besar buatmu. Itulah kelebihan sabar.

Allah Tidak Menyuruhmu Bersabar Tanpa Sebab, Kerana di Balik Itu Pasti Akan Ada Bahagia yang Sedang Menanti

Allah tidak pernah main-main ketika menyuruh kamu bersabar. Oleh itu kamu harus mampu dan benar-benar meletakkan hatimu dengan kesabaran yang cukup. Disebalik itu pasti akan ada bahagia yang tidak terkira olehmu. Yakinlah dengan kelebihan sabar.

Janji Allah itu pasti. Maka kamu hendaklah memastikan agar kamu tidak berada dalam kemurungan, tidak terlibat dengan kejadian yang menyedihkan yang akan Allah jadikan takdirmu.

makna sabar
Bukan semua orang mampu bersabar

Kadang-Kadang Allah Mengujimu Terlalu Lama, Kerana Dia Tahu Bahawa Kamu Berhak Mendapatkan Kebahagiaan Hidup Yang Sangat Luar Biasa


Memang benar kadang- kadang ujian yang Allah jelmakan sangat lama hingga memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan bahkan ada yang bertahun-tahun. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui, dia tahu bahawa kamu berhak mendapatkan sesuatu yang luar biasa selepas itu melalui jalan yang berliku dengan penuh kesabaran.

Walau apapun yang sedang menimpa dirimu sekarang, bukan tanpa sebab dan sudah pasti ada tujuan-Nya. Maka kamu harus menikmati setiap keadaan samada memeritkan dan menyedihkan yang masih Allah iringi hidupmu berterusan.

Jangan sesekali kamu mengeluh. Kenapa Aku? Kenapa bukan orang lain? Ingatlah! Allah menyayangi kamu. Mungkin jika kamu tidak diuji, lebih banyak perkara mungkar dan keji mengiringi kamu. Mungkin. Setidak-tidaknya ujian ini menidakkan banyak kemungkaran daripada kebaikan.

erti sabar
Bersabar itu lebih baik

Sebenarnya Ujian Yang Kamu Hadapi Setanding Dengan Bahagia Yang Allah Siapkan Untukmu

Janganlah kamu terlalu memikirkan ujian dan halanga yang kamu sedang lalui. Tugasan kamu hanya tundukkan hatimu supaya aman dengan kesabaran dan keikhlasan. Buang segala prasangka dan tanamkan perkara positif. Fikirlah bahawa bahagian menanti kamu.

Sabarlah Kerana Ada Kebaikan yang Tidak Pernah Kamu Sangka Sebelumnya

Bersabarlah dan hadapilah ujian-Nya, terimalah keadaan yang Allah ciptakan untuk kamu. Allah SWT Maha Sempurna dalam membolak-balikkan keadaan, Maha Hebat dalam merencanakan kebaikan setelah diberi keburukan. Percaya kepada-Nya dengan sepenuh hati dengan terus bersabar.

hadis sabar
Bahagia akan menyusul apabila tiba masanya

Keindahan Pasti Datang Apabila Tiba Waktunya

Allah tidak akan mempersia-siakan air mata, rasa sakit dan perngorbanan kamu. Tanamkan di dalam hati bahawa keindahan pasti tiba apabila sampai waktunya karena janji Allah itu pasti.

Kesabaran yang harus kamu beli walaupun dengan keperitan rasa sakit yang tidak terkira akan Allah bayar dengan kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna.



Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” – (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Rumusannya, apa jua yang berlaku kepada kita adalah ujian daripada-Nya. Allah menguji kita kerana kita adalah insan terpilih. Apa komen Anda?

You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!