SEBUAH rakaman video yang menyebabkan bulu roma kita berdiri menunjukkan makhluk berkaki satu menyerupai ‘Gong Goi’ daripada kisah mitos Thailand telah tersebar di media sosial. Bagi mereka ‘Gong Goi’ adalah sejenis hantu.
Dalam video itu menunjukkan ‘makhluk berkaki satu’ sebesar kanak-kanak melompat-lompat di ditepi sebuah jalanraya di Thailand. Ia nampak agak jelas kerana disuluh oleh lampu kereta yang mengekorinya.
Klip itu pada asalnya dimuatkan ke akaun Facebook oleh Chantha Sitouluk, ianya telah ditonton oleh hampir empat juta kali. Kebanyakan netizen yakin ‘hantu’ itu adalah Gong Goi. Mungkin kita di malaysia tidak tahu apa itu hantu Gong Goi.
Apa Itu Gong Gou?
Gong Goi merupakan hantu mitos yang menjadi kepercayaan sesetengah masyarakat Thailand. Ianya bersaiz sebesar kanak-kanak. Tempat tinggalnya adalah di kawasan hutan dan bergerak secara melompat. Orang-orang Thailand memanggilnya ‘Gong Goi kerana makhluk itu didakwa sering menjerit dengan mengeluarkan bunyi ‘Gong Goi, Gong Goi’ berulang kali.
Apakah Pandangan Anda?
Adakah hantu juga mengikut negara? Kalau di negara kita sudah tentu hantu yang melompat ni berpakaian kain kafan dan dipanggil hantu pocong. Benarkah ada semua ini? Yang pasti, hantu sering dikaitkan dengan pakaian berwarna putih.
Apa yang dilihat mungkin juga orang asli kawasan itu yang kebetulan kakinya kudung sebelah. Apabila ada kenderaan menyuluhnya dia melarikan diri kembali ke kawasan tempat tinggalnya.
Apa yang jelas dilihat, secara munasabahnya ianya seolah-olah makhluk atau manusia yang berpakaian dan dilihat seperti hantu.
Sumber: Paranormal Today