Kemenangan Buat Skuad B16 Negara Sebelum Aksi Di Laos

Kemenangan Buat Skuad B16 Negara

Sebelum beraksi sudah menang? Sebenarnya bukan menang percuma tetapi skuad Bawah 16 Negara ini dikhabarkan dapat dapat gunakan khidmat kapten, Mohamad Khairil Mohd Zain bagi hadapi Kelayakan Bawah 16 Tahun Asia (Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)) tahun 2019 di Vientiane, Laos. Kejohanan tersebut akan bermula pada rabu nanti.

Khairil, 15, yang dibuang padang ketika Malaysia kalahkan Thailand 2-1 seterusnya menjuarai Kejohanan Bawah 15 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Chonburi, bulan lalu, tidak dikenakan sebarang pengg4ntvngan pada Kelayakan AFC nanti.

Kapten Skuad B16
Mohamad Khairil Mohd. Zain

Stuart Ramalingam yang juga S/U Agung FAM mengesahkan status striker skuad remaja itu. Terdahulu Khairil dikenakan penggantvngan sebanyak 6 perlawanan oleh AFF. Ini disebabkan terlibat dalam pertelingkahan dengan pemain Thailand ketika aksi final di Stadium Institut Pendidikan Jasmani, Chonburi pada 9 Ogos lalu.

Dia memang dig4ntvng 6 perlawanan namun FAM mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman itu yang hanya dikenakan bagi pertandingan anjuran AFF sahaja. Kami telah perolehi jaminan bertulis daripada AFC mengenainya (supaya boleh beraksi dalam Kelayakan B16 AFC di Vientiane), katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Skuad Bawah 15 Tahun Negara ini  yang dibarisi oleh 23 pemain kini berada di Vientiane bagi kempen kelayakan tersebut. Skuad ini dibimbing oleh P. Maniam. Mereka akan bertemu dengan Kemboja pada perlawanan pertama rabu ini di Stadium Nasional.


Skuad B16 Negara ini berada di dalam Kumpulan J Kelayakan AFC bersama tuan rumah Laos, Kemboja dan Jepun. Aksi seterusnya adalah pada hari Jumaat dan Ahad ini. Skuad P. Maniam turut mengadakan aksi pemanas badan di Lembah Klang dengan menewaskan Mongolia 4-0 pada 9 September lalu.

Skuad ini mengatasi Kemboja 2-0 dan mengikat Laos 1-1, malah membenam Australia 3-0 serta Brunei 8-0 sebelum mengikat tuan rumah 1-1 untuk menjuarai Kumpulan B Bawah 15 AFF di Chonburi, selain menumpaskan Vietnam 3-1 pada separuh akhir.

Sebelas juara kumpulan Kelayakan Bawah 16 AFC dan empat naib juara terbaik, akan layak ke pusingan akhir tahun depan di venue yang akan ditentukan kelak. Sekiranya tuan rumah pusingan akhir itu menjuarai kumpulan atau dalam kalangan empat naib juara terbaik, pasukan yang muncul naib juara kelima terbaik akan mengambil alih slot tersebut.

Pada edisi lalu di Bukit Jalil menyaksikan skuad remaja bimbingan Lim Teong Kim, terkandas malah menghuni tangga corot Kumpulan A dengan ­hanya mengutip 3 mata selepas membenam Tajikistan 6-2, tetapi tunduk 2-4 dan 0-2 kepada Thailand serta Jepun.

Sumber: Utusan Online


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!