Kenderaan SUV Yang Jatuh Ke Dalam Laut Telah Ditemui

Kenderaan SUV Ditemui

KENDERAAN SUV jenis Mazda CX-5 yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam ditemui sekitar jam 4 petang hari ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid. Beliau memberitahu bahawa kenderaan terbabit ditemui 15 meter dari tiang 34 jambatan itu. Setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.

SUV Jatuh Laut
Antara agensi yang terlibat dengan tugas mencari dan menyelamat

“Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.

“Kami akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Laporan terdahulu My Metro menyatakan bahawa Kemalangan tersebut melibatkan dua sahabat. Ianya disahkan sendiri oleh salah seorang kelaurga mangsa yang hilang.

Kakak ipar mangsa yang enggan dikenali mengesahkan pemandu kedua-dua kenderaan itu adalah kawan namun tidak rapat dan beliau enggan mengulas lanjut.

“Mereka hanya rakan biasa dan jarang menghabiskan masa berdua, tetapi kurang pasti bagaimana boleh bersama-sama terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.

“Saya juga ada dengar dakwaan pemandu Toyota Vios itu sering terbabit dalam kemalangan sebelum ini,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Terdahulu, beliau dan teman wanita mangsa (Moey) serta keluarga mangsa hadir ke pos kawalan tempat kejadian di Pangkalan Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini, bagi memperolehi maklumat terkini kejadian terbabit.


Keluarga mangsa turut mengikuti perkembangan terkini pemandu Toyota Vios yang dilapor mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat ke sebuah hospital swasta dalam daerah Seberang Perai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipercayai dipandu Moey, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan ke Seberang Perai dari George Town.

Sementara itu, abang kepada mangsa mengesahkan mangsa memandu SUV putih itu sendirian.

Sumber: My Metro


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!