Resepi Kerabu Kerang Air Asam

resepi kerabu kerang

Dulu orang-orang kampung kerap beli kerang kerana harganya murah dan boleh dimakan seisi keluarga. Kerang enak di masak apa sahaja. Tapi kalau di kampung dulu-dulu kerang biasanya direbus dengan sedikit serai dan garam sahaja samada dimakan terus dengan nasi atau dibuah cicah. Kerabu kerang jarang-jarang sekali dibuat. Namun satu keluarga dapat makan dan sangat jimat belanja.

kerang
Nampak saja sudah menaikkan selera

Kini harga kerang sangat mahal dan tidak ramai yang mampu membelinya. Kebanyakannya lebih suka beli ayam kerana harganya dikira murah jika dibandingkan dengan kerang. Bayangkan kerang yang mahal bila dibuang kulit sangat tak berbaloi.

Kali ini AnakBapak nak siarkan resepi simple nampak sedap yang dikongsi oleh AnakJati TanjongPari melalui facebooknya iaitu kerabu ayaq asam kerang.

RESEPI KERABU KERANG AIR ASAM

kerang segar
Nampak ringkas tapi sedap

BAHAN-BAHAN


Bahan-bahan di bawah agak-agak la ye!

  • Bawang merah hiris
  • 1-2 biji cili api hiris
  • Tomato hiris
  • Daun ketumbar hiris
  • 1 in Belacan bakar
  • Asam jawa
  • Air masak atau mineral
  • Sos Ikan (Nampla)
  • Limau nipis
  • Kerang

CARA MEMBUAT

  • Kerang rebus sekejap sahaja kemudian kopek. Letakkan isi kerang dalam mangkuk.
  • Campurkan asam jawa dan belacan bersama air masak atau mineral dan lenyek sebati.
  • Tuang air asam jawa dan belacan ke dalam bekas isi kerang tadi.
  • Masukkan semua bahan yang dihiris, perah limau nipis dan sedikit sos ikan.
  • Kacau dan rasa.

BACA JUGA: RESEPI AYAM WOKU MASAKAN SULAWESI

Kalau dah cukup rasa apa lagi…terus le makan hehehehe

Semoga bermanfaat dan sedap

Sumber : facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!