Kerajaan Cadang Tukar Kerja Kepada Waktu Malam Termasuk Tanam Padi

tanam padi waktu malam

Malaysia kini dalam perancangan untuk menukar waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu. Ini bertujuan untuk mengurangkan bergantungnya sesuatu pekerjaan itu kepada pekerja asing.

Menerusi konsep berkongsi kekayaan dengan rakyat, Pendekatan baharu ini adalah salah satu usaha atau alternatif dari kerajaan Pakatan Harapan supaya wang negara tidak mengalir ke luar dan ekonomi negara dapat berkembang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, kebanyakan kerja dalam industri kotor, berbahaya dan sukar “dirty, difficult and dangerous” (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat negara ini kerana cuaca siang yang panas. Oleh itu pekerjaan seperti itu telah diserahkan kepada warga asing.

cerucuk besi
Salah satu industri yang merbahaya. Tidak ramai rakyat negara ini menceburinya

Kesan daripada pengambilalihan sektor 3D ini oleh pekerja asing, sebanyak RM60 bilion wang negara dibawa ke negara luar setiap tahun. Inilah kesan daripada tujuh juta warga asing yang mencari rezeki di sini. Ianya sangat merugikan dan memiskinkan Malaysia.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedang berusaha supaya semua kerja dalam negara kita ini dilakukan oleh rakyat kita sendiri. Apabila wang tidak mengalir keluar akan menjadikan negara kita kaya.


“Memang tugas tersebut amat berat tetapi kita akan permudah dan ringankan, kalau tak sanggup kerja berat ia mungkin diringankan dengan bantuan mesin, bahkan kerja juga boleh dilakukan dalam bangunan dan tidak terdedah kepada panas di luar dan tidak selesa.

Kerajaan juga sedang fikir dan menilai sama ada boleh alih waktu kerja dari waktu siang kepada waktu malam supaya terhindar dari panas.

Kerajaan mungkin akan membantu menggerakkan usaha ini dengan memasang lampu limpah di tapak-tapak industri atau perusahaan yang tertentu.

tanam padi waktu malam
Penanaman padi

“Memang gelap pada waktu malam, tapi kita lihat ramai orang kaya main golf pada waktu malam dengan pemasangan lampu. Jadi tidak mustahil juga rakyat kita akan tanam padi pada waktu malam dengan pemasangan lampu, dan kita dapat selesaikan masalah panas.

Perdana Menteri sedar, mungkin ramai yang sukar terima tapi lama-kelamaan akan jadi biasa dengan cara begini. Namun sebenarnya ia dapat mengurangkan tekanan berkerja dalam panas pada waktu siang.

Kerajaan sangat berharap agar rakyat negara ini bekerja keras untuk kehidupan yang lebuh selesa dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan cara itu juga membolehkan negara menyediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan rakyatnya.

“Kita akan tekan konsep berkongsi kekayaan dengan semua rakyat agar pendapatan negara dapat diagihkan sama rata kepada semua kaum, saya tak mahu lihat mana-mana kaum jadi miskin. Semua akan dapat peluang sama rata, dapat upah dan pendapatan yang lumayan,” katanya lagi.

kerja malam
Sesuaikah pertanian di waktu malam?

“Di sesetengah negara bila datang bulan puasa, mereka tidur siang dan malam bekerja.Jadi ia bukan sesuatu luar biasa.Sekarang ada lampu LED, tidak guna elektrik yang banyak.Ini antara langkah kerajaan yang sedang berusaha wujudkan banyak pekerjaan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tautan Muhibbah Parlimen Segambut 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Apa komen anda? Bernas tak cadangan Perdana Menteri? Komen yang baik-baik ye.

Lawati facebook kami di anakbapak

Sumber: Sinar Harian dan Utusan



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!