Kerajaan Kesal Sajat Memakai Telekung Di Tanah Suci

Kerajaan Kesal Sajat Memakai Telekung

Kerajaan Kesal Sajat Memakai Telekung. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Kerajaan kesal dengan tindakan usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita. Tindakan mereka telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Kerajaan Kesal Sajat Memakai Telekung

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Mujahid, agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.

umrah
Contoh pakaian lelaki yang sesuai dipakai ketika di Mekah

“Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan tindakan tersebut.


“Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya.

“Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita.

“Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita,” katanya.

Mujahid berkata, pihaknya akan memanggil semua agensi pelancongan untuk memastikan perkara itu tidak berulang.

“Sudah tentu. Sepatutnya agensi ini yang perlu membuat penelitian supaya tindakan itu tidak menjejaskan sensitiviti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan Muhammad Sajat dan rakan-rakannya itu tidak akan menjejaskan kuota haji negara.

“Ini lebih kepada masalah individu yang perlu ditangani iaitu tiada salahnya jika dia pergi (Makkah) dalam keadaan lelaki,” katanya.

Sebelum itu Muhammad Sajat memuatnaik gambar-gambar dan video di Makkah. Dia yang masih berada di Tanah Suci menunaikan umrah bersama ibu bapa dan beberapa kawannya.

Pencetus Ummah, PU Amin yang berada di Mekah sebagai Mutawif berkata isu jemaah lelaki berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah. Ia bukan sahaja rakyat Malaysia sahaja yang kecoh.

Amin memberitahu melalui perkongsian di laman Instagramnya bahawa beliau ada ditegur oleh polis Arab Saudi dan bertanya sama ada dia mengetahui mengenai isu tersebut.

Katanya polis itu bertanyakan hal yang sedang kecoh mengenail lelaki berpakai pakaian perempuan benarkah dari Malaysia? Saya berkata dia tidak tahu cerita (buat buat tak tahu). PU Amin tahu ye tapi kata tak tahu mungkin sebab dia pun serba salah nak jawab.

Baca Juga – Jemaah Haji Perlu Bayar Visa Mulai 2020

Apa komen anda? Bukan sahaja Kerajaan kesal Sajat memakai telekung ketika di Tanah Suci, kita semua juga kesal. Semoga Sajat diberi Hidayah oleh Allah SWT.

Sumber: Sinar 


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!