PH Tumbang Di Kedah, 2 ADUN PKR Keluar Parti & Sokong Perikatan Nasional

PH Tumbang di Kedah

PH Tumbang di Kedah apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengisytiharkan keluar parti semalam dan menjadi wakil rakyat Bebas. Pada masa yang sama mereka menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Kedua mereka ialah ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas Azman Nasrudin. Kedua-dua mereka adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimana PH Tumbang Di Kedah?

Ketika sidang media semalam, kedua-dua mereka menegaskan terpaksa mengambil keputusan berkenaan susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pandangan mereka berdua, Anwar dilihat hanya mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

PH Kedah Tumbang
Azman dan Robert menyatakan sokongan kepada PN dibawah kepimpinan PM TSMY. Foto: Astro Awani

Azman memberitahu mereka berdua kini memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah.


Menurut Astro Awani, satu pengumuman khas akan dibuat petang ini (12.5.2020) bagi memaklumkan mengenai satu kerjasama politik baharu di negeri Kedah, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri itu.

Sementara itu, Robert menyatakan, beliau akan turut melepaskan semua jawatan dalam parti yang disandang ketika ini, termasuk sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani.

Sebelum ini tular di media sosial Robert mencabar agar dirinya dipecat dari PKR kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pemecatan lain.

Menurut Berita Harian pula, ketika ini, PAS dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi PKR menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.

Jumlah 19 kerusi DUN Kedah sudah cukup bagi membentuk kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hilang majoriti.

PAS Kedah pada minggu lalu mengumumkan yakin untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ianya bersandarkan kepada semangat kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN, selain kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan ADUN PH ketika ini.

Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (tujuh), BERSATU (enam), Parti Amanah Negara (empat), DAP (dua) dan UMNO (dua).


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!