Khasiat Pokok Puding Dalam Rawatan Tradisional

Khasiat Pokok Puding

POKOK PUDING tentu semua orang kenal. Walaupun tidak mengeluarkan bunga, daunnya sangat cantik dan unik serta warna-warni. Pokok ini banyak terdapat di negara kita Malaysa, Indonesia, Australia dan Kepulauan Fiji.

Pokok puding boleh dibuat hiasan di dalam rumah. Caranya adalah di tanam dalam pasu tetapi ia memerlukan cahaya yang banyak. Ia juga merupakan pokok yang ditanam di atas batas. Bentuk daunya berwarna-warni, lebar dan menarik.

pokok puding
Pokok Puding di atas batas dan di dalam pasu

KHASIAT

Pokok puding pada akar dan daun sebenarnya berkhasiat dalam merawat beberapa jenis penyakit. Antara penyakit yang boleh dirawat dengan pokok ini ialah:

  • Akar

1. Ulser akibat penyakit sifilis
2. Melawaskan pembuangan air besar
3. Merawat kejang perut
4. Merawat sakit perut


pokok puding 1
Antara jenis puding
  • Daun

1. Ubat perancang keluarga
2. Melawaskan pembuangan air besar
3. Masalah berkaitan air kencing pada kanak-kanak
4. Demam panas
5. Sakit otot atau sendi
6. Mandian ibu lepas bersalin

CARA RAWATAN

Berikut adalah cara rawatan untuk penyakit-penyakit di atas:

pokok puding 2
Puding dalam berbagai warna
  • Akar:

1. Tumbuk akar bersama sebiji pinang sehingga lumat dan tampal pada ulser (akibat penyakit sifilis). Biasanya ulser akibat penyakit ini busuk dan bernanah.

2. Ambil akar pokok puding yang berdaun hijau dan bersihkan. Kunyah dan telan airnya bagi melawaskan pembuangan air besar serta merawat kejang perut.

3. Ambil akar pokok puding yang berdaun merah kemudian hancurkan. Perah ambil airnya. Minum air itu untuk melawaskan pembuangan air besar dan merawat kejang perut.

4. Kunyah akar pokok puding bersama pinang. Telan airnya untuk merawat sakit perut.

pokok puding 3
Puding dalam bentuk yang menarik
  • Daun:

1. Kunyah daun dan telan airnya untuk dijadikan ubat perancang Keluarga serta melawaskan pembuangan air besar.

2. Ambil beberapa helai daunnya dan tumbuk hingga lumat. Tampal pada perut kanak-kanak yang mempunyai masalah berkaitan dengan air kencing.

3. Rebus beberapa helai daun puding yang berwarna hijau. Minum airnya serta lap pada tubuh bagi merawat demam panas.

4. Ambil daun puding yang berbentuk bujur telur berwarna hijau berbintik kuning dan rebus. Gunakan airnya sebagai air mandian oleh ibu yang lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk orang yang sakit otot atau sendi.

5. Air rebusan juga sesuai digunakan sebagai losen mata untuk merawat Penyakit mata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!